Thursday, November 8, 2012

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. 

 
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.


UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG PPT SILA KLIK IMEJ DI BAWAH


MAKLUMAT TERKINI : 

Untuk bidang Elektrik telah berlaku perubahan NOSS di mana SKM Tahap 1 telah dimansuhkan. Di sini disertakan NOSS bagi SKM Tahap 2 dan Tahap 3 yang terkini.

 
UNTUK MENDAPATKAN  NOSS YANG TERKINI DALAM BIDANG ELEKTRIK SILA KLIK IMEJ DI BAWAH




1 comment: