Tuesday, August 26, 2014

Projek Pemasangan Cable Tray

OBJEKTIF :

Selepas proses kerja ini pelajar mesti boleh :
1. Mentafsir dan menerangkan simbol, gambarajah susun atur, gambarajah
litar cable tray.
2. Memasang cable tray dan mendawai kabel berperisai.
3. Menguji ketahanan cable tray dan keterusan kabel berperisai.
4. Mengesan kerosakan kabel berperisai.

ARAHAN AM :

1. Pastikan kuantiti alat dan bahan mengikut senarai yang ditetapkan.
2. Pastikan alat dan bahan disediakan sebelum kerja dilakukan.
3. Memastikan alatan dan bahan yang disediakan berfungsi dengan baik dan
selamat untuk digunakan.
4. Keselamatan diri, penggunaan alat dengan betul dan kebersihan kawasan
kerja amat dititik beratkan.
5. Elakkan pembaziran bahan.

1.0 APL1 – MENTAFSIR GAMBARAJAH SUSUN ATUR CABLE TRAY.
1.1 Lukiskan lukisan simbol pada Lampiran 1
1.2 Lukiskan lukisan skematik pada Lampiran 3
1.3 Lukiskan gambarajah litar pendawaian pada Lampiran 4

2.0 APL2 – MEMBENTUK LALUAN PENDAWAIAN MENGGUNAKAN CABLE TRAY
2.1 Merancang laluan cable tray untuk pendawaian pada wiring bay.
2.1.1 Merancang ukuran laluan cable tray
2.1.2 Menanda dan memasang penyokong(L bracket) pada laluan cable
tray mengikut jarak yang bersesuaian.
2.1.3 Memotong dan membengkok cable tray mengikut bentuk laluan.
2.1.4 Mengikat cable tray pada penyokong (L bracket)
2.2 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan sepanjang proses pendawaian
dilakukan.

3.0 APL3 – MERENTANG KABEL
3.1 Menyediakan kabel mengikut ukuran keperluan projek
3.2 Merentangkan kabel berperisai mengikut laluan cable tray yang telah dipasang.
3.3 Mengikat kabel berperisai dengan menggunakan pengikat(cable tie/klip
berlubang).
3.4 Membuat pemasangan cable gland pada kotak DB dan isolator.
3.5 Membuat penyambungan litar pada DB dan isolator.
3.6 Melakukan kerja pemasangan dan kemasan aksesori.
3.7 Rekodkan aktiviti dalam buku log.

4.0 APL4 – MENGUJI PEMASANGAN
4.1 Menguji keteguhan pemasangan cable tray.
4.2 Pengujian
4.2.1 Sebelum bekalan disambungkan;
4.2.1.1 Uji keterusan kabel berperisai.
4.2.1.2 Ujian rintangan penebatan.
4.3 Rekod bacaan ujian dalam borang ujian di Lampiran 5 dan juga dalam buku log

PERLAKSANAAN KERJA-KERJA AMALI 

Proses pemasangan cable glen pada armor cable











Wednesday, August 20, 2014

PENDAWAIAN CABLE TRAY (DULANG)

Pada asalnya sistem ini digunakan untuk menyokong kabel tetapi oleh sebab ia membantu perjalanan pemasangan pendawaian ia juga dikira sebagai satu cara pendawaian.

Sistem ini ialah satu sistem struktur yang teguh/tegar yang digunakan dengan selamat bagi     mengikatkannya atau menyokong kabel serta laluannya

Semasa pemasangan kabel ke atas dulang, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu dulang tersebut hendaklah dipasang dengan kukuh serta kemas agar tidak tertanggal atau tercabut terutama dulang yang dipasang terbalik di atas siling. Bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan dan mengelakkan berlakunya pelelasan terhadap kabel


Antara kegunaan Cable Tray:

v  Ia menyokong kabel dengan cara menghubungkan laluan kabel
v  Satu jambatan ialah struktur memberikan laluan selamat bagi merentasi jarak yang luas/terbuka.
v  Dulang kabel ialah menghubungkan itu membolehkan penghantaran pendawaian yang selamat merentasi jarak yang luas.
v  Maka, dapat disimpulkan bahawa dulang kabel sebagai struktur komponen yang penting terhadap satu sistem yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik

Dulang kabel terdapat beberapa jenis iaitu

1.    Perforated Cable Tray (Jenis talam kebel berlubang).
2.    Ladder Cable Tray (Jenis talam kabel bertangga).
3.    Solid Bottom Cable Tray (Jenis talam kabel bawah pejal).
4.    Trough Cable Tray (Jenis talam kabel palung).
5.    Channel Cable Tray (Jenis talam kabel terusan).
6.    Wire Mesh Cable Tray (Jenis talam kabel jaringan wire).


JENIS-JENIS CABLE TRAY DAN KEGUNAAN :

1. Perforated Cable Tray provides:
    1. Dari jenis yang berlubang-lubang.
    2. Membenarkan mengalirkan udara sokongan berterusan untuk kabel-kabel dalam system pendawaian.
    3. Lebar (widths) : 6, 12, 18, 24, 30, & 36 inchi
    4. Kedalaman (depths) : 3, 4, 5, and 6 inchi
    5. Panjang (lengths):10, 12, 20 and 24 kaki
Penggunaan talam kabel berlubang
      
       Cable Tray (Dulang kabel) berlubang adalah salah satu jenis sistem pendawaian seperti sesalur tetapi ia dalam keadaan terbuka (tidak bertutup) dan mempunyi lubang-lubang. Ia diperbuat daripada metal / suitable non-metallic material. Penggunaannya adalah mudah dan senang untuk pemasangan kabel dan kerja-kerja menukar dan mengubah litar.

       System ini biasanya digunakaan dikilang-kilang atau dibangunaan-bangunan sederhana dan besar. Ia digunakan apabila terdapat kabel-kabel yang bersaiz sederhana dan besar serta mempunyai perlindungan mekanikal. Pemasangannya seperti sesalur mempunyai sudut 90° , 45° , offset dan saddles


Contoh pemasangan


Perforated Tray & Accessories
  1. Straight Tray
  2. 90° Horizontal Bend
  3. 90° Vertical Bend Outside
  4. 90° Vertical Bend Inside
  5. Tee Equal / Unequal
6. Cross Equal / Unequal
7. Reducer
8. Reducer Abrupt
9. Partition Channel
10. Coupler Plate

Monday, August 18, 2014

Pertandingan Kemahiran Elektronik Kolej Vokasional 2014

Pada hari Sabtu (16/08/2014) yang lalu, saya telah berkesempatan datang ke Kolej Vokasional Kuala Klawang (KVKK) atas jemputan sebagai Hakim Pertandingan Kemahiran Elektronik Kolej Vokasional 2014 bidang Elektronik. 

Bagaikan "sirih pulang ke ganggang".. setelah hampir 10 tahun saya meninggalkan KVKK (dulunya SMVKK @ SMTKK) sejak 2004.. ramai rakan-rakan seperjuangan masa sezaman telah berhijrah ke tempat lain. Sempatlah berjumpa dengan beberapa rakan yang masih di KVKK... dan juga berkesempatan berjumpa rakan-rakan lama yang sama-sama belajar di MPT ..


Barisan Hakim Pertandingan...


Suasana pertandingan...



Barisan Hakim sedang berbincang dan memberikan markah...


 Litar projek para pemenang....

Tempat Pertama: KV Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah

 Tempat Kedua : KV Manjung, Perak

Tempat Ketiga : KV Arau, Perlis

Antara rakan-rakan yang sempat berselfie....




Friday, August 15, 2014

KEMPEN '1 KLIK UNTUKMU GAZA'

Salam Jumaat....

Atas persaudaraan dan keperihatinan, Elektrik Duniaku menganjurkan kempen “1Klik Untukmu GAZA” bermula pada bulan ogos sempena Bulan Kemerdekaan sehingga 31 Disember 2014.

Kempen ini bagi mengumpul dana yang akan didermakan kepada penduduk Gaza yang telah dizalimi oleh  rejim Zionis Israel.

Kami berharap pengunjung blog Elektrik Duniaku dapat menyumbang '1 klik' pada iklan Nuffnang yang tersedia di blok ini. Setiap amaun yang dikumpulkan sepanjang kempen ini, akan didermakan kesemuanya ke Tabung Gaza.

Sesungguhnya pihak admin blog Elektrik Duniaku tidak pernah meminta apa-apa bayaran di atas perkongsian ilmu yang telah kami sediakan di blog ini. Hanya sekadar memohon jasa baik penghujung blog ini untuk memberikan sumbangan melalui jari-jemari anda untuk menyalurkan sumbangan kepada penduduk Gaza …. “1Klik Untukmu Gaza”….

Semoga sumbangan yang anda berikan dapat memberi nafas baru kepada saudara-saudara kita demi sebuah kehidupan di bumi Gaza…. dan juga didoakan semoga ianya menjadi amal jariah untuk bekalan kehidupan kita di Alam sana ... Amin!!!

Apa yang anda perlu lakukan.... hanya 1 klik !!



Berikut adalah antara rekod pendapatan blog 
Elektrik Duniaku melalui kempen iklan Nuffnang



Walaupun sumbangan kita hanya 5 @ 10 sen sahaja... 
namun dengan keberkatan dalam kita berjemaah menghulurkan derma 
mudah-mudahan diberkati
'1 KLIK UNTUKMU GAZA'
Terima Kasih


Wednesday, August 13, 2014

CONTOH LITAR PENDAWAIAN - PROJEK 3

Dalam proses pembelajaran, untuk memudahkan anda melaksanakan litar pendawaian ini, hendaklah dibina terlebih dahulu litar skematik merujuk kepada kehendak kawalan yang diberikan. 




CONTOH LITAR PENDAWAIAN - PROJEK 2

Dalam Projek 2 kali ini, litar pendawaian melibatkan kawalan untuk litar lampu yang mengunakan suis satu hala dan suis dua hala. Bagi litar kuasa, ia menggunakan 2 poin soket alir keluar dalam sambungan litar jejari. Anda boleh merujuk kepada arahan pada kawalan bagi menetukan kadar pelindung yang diperlukan dimana litar skematik perlu dihasilkan bagi mereka yang masih dalam peringkat asas. 

Untuk membuat pendawaian tersebut, anda boleh merujuk kepada litar pendawaian yang telah disediakan. 




LITAR PENDAWAIAN