Ramai yang bertanya saya berkenaan SKM-PPT dalam pelbagai bidang. Untuk pengetahuan semua saya adalah Pegawai Penilai dalam bidang Juruteknik Elektrik (Tahap 2 & 3) dan Elektronik Industri (Tahap 1-3).
Dalam entri kali ini saya sertakan panduan umum untuk mereka yang berminat mengambil SKM-PPT. Panduan pelaksanaan SKM-PPT ini dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran edisi 2014. Anda boleh memuat turun panduan tersebut menggunakan link yang telah saya sediakan.
Semoga ia dapat membantu kepada mereka yang ingin mengambil SKM melalui kaedah PPT.
A. PANDUAN PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)
1.0 TUJUAN
Panduan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bertujuan menetapkan peraturan pelaksanaan
permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT. Panduan ini hendaklah
dibaca bersama Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] dan
panduan-panduan berkaitan dengan Persijilan Kemahiran Malaysia yang sedang
berkuatkuasa.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1. Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui
kaedah PPT telah dilancarkan pada 13 September 1996. Kaedah ini memberi
peluang kepada pekerja mahir di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan
terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang mereka miliki;
2.2. Pekerja-pekerja mahir ini yang sememangnya mempunyai
kemahiran dan pengalaman tetapi tidak mempunyai sijil tertentu boleh
mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Kemahiran Malaysia di mana
mereka boleh dianugerahkan Sijil tanpa perlu mengikuti latihan secara
formal; dan
2.3. Pekerja-pekerja mahir ini hanya perlu membuktikan
keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di
samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam
panduan ini bagi memenuhi keperluan Standard.
Untuk mendapatkan Panduan Pelaksanaan
Persijilan Kemahiran Malaysia
Melalui Kaedah PPT klik imej di bawah.....
Untuk keterangan lanjut berkenaan SKM-PPT
anda boleh klik DI SINI...