Showing posts with label Kemalangan Elektrik. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan Elektrik. Show all posts

Monday, April 18, 2016

Wanita Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Telefon

Isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.
Wanita it, Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan semalam.
Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun.
- Bernama

Tuesday, October 14, 2014

Padah Ceroboh Bilik Pencawang TNB

Keadaan lelaki yang terbakar 80% akibat ceroboh bilik pencawang TNB

BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki terbakar hampir 80 peratus anggota badannya selepas dia didakwa memasuki bilik pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1.15 petang di bilik pencawang di bangunan Lee Rubber di Jalan Tun Perak, Bachang di sini.

Menurutnya, semasa anggota bomba dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) tiba di lokasi kejadian, kebakaran pada tubuh mangsa sudah dipadamkan.

"Mangsa yang terbakar 80 peratus pada bahagian badan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka oleh unit EMRS untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, pihak TNB telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan menganggarkan kerugian RM200,000 kerana terpaksa menukar alat suis dan peralatan yang rosak.

Tuesday, February 5, 2013

Parah Disambar Api Dari Pencawang Elektrik

 
DUNGUN - “Selepas terdengar bunyi letupan kuat, saya nampak api menyambar tubuhnya, dia meronta kepanasan meminta air lalu saya menyimbahnya dengan air," kata Syed Mohd Fadil Syed Osman, 20, saksi kejadian letupan di sebuah pencawang elektrik dekat sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian itu, mangsa, Faqih Aqwa Mansor, 20, cedera parah akibat melecur pada sebahagian badannya. Ketika kejadian, Syed Fadil bersama Faqih dan empat lagi yang lain sedang melakukan kerja-kerja mengecat pencawang terbabit sebelum dikejutkan dengan letupan kuat sebelum api menyambar tubuh Faqih. 

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu dipercayai berlaku apabila tangga yang digunakan untuk kerja mengecat, jatuh menghempap wayar kabel lalu api menyambar melalui batang cat aluminium sebelum membakar sebahagian tubuh Faqih yang memakai baju T dan seluar jean.