Wednesday, April 8, 2015

Panduan Keselamatan Penggunaan Peralatan Elektreik Di Rumah

Untuk mendapatkan panduan 
keselamatan penggunaan peralatan di rumah 
sila klik imej di bawah...



Kemalangan Renjatan Elektrik Yang Menyayat Hati

Nenek, cucu maut terkena renjatan kawat elektrik



KOTA BELUD: Seorang wanita dan cucunya maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melalui dawai besi untuk ke kebun di Kampung Tawadakan dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 10 pagi, kedua-dua mangsa dikatakan rebah dan jatuh ke dalam parit sebaik terkena renjatan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata bomba menerima panggilan pada jam 10:48 pagi sebelum sepasukan anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi jam 11:03 pagi.
"Bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


KUALA LUMPUR: Dua maut termasuk bayi berusia dua bulan dipercayai selepas terkena renjatan elektrik daripada kipas rumah di Kampung Chodoi, Banting petang tadi.
Dalam nahas itu kira-kira jam 3.30 petang, bayi itu bersama seorang lelaki berusia 45 tahun dipercayai bapanya melawat rumah mereka yang sedang dalam pembinaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 3.39 petang tadi sebelum jentera dikerah ke lokasi kejadian dan operasi menyelamat selesai jam 4.18 petang tadi.

Tuesday, April 7, 2015

Friday, January 16, 2015

KAEDAH MENGENALPASTI SAMBUNGAN FASA BEKALAN DI RUMAH KEDIAMAN

A. Tips Mengenali Sambungan Satu Fasa (Single Phase)

1. Tips Pertama - Perhatikan Meter Watt Jam

Anda boleh membuat pemerhatian pada meter watt jam yang berada di luar rumah. Perhatikan sambungan kabel/wayar yang digunakan.
2. Tips Kedua - Perhatikan Main Switch / Distribution Box (DB) 

Anda boleh melihat Papan Suis Agihan (Distribution Board) diruang dalam rumah anda. Ia biasa diletakkan dibahagian bersebelahan dengan pintu masuk rumah anda. 


B. Tips Mengenali Sambungan Tiga Fasa (Three Phase)

Anda boleh mengenali pendawaian 3 Phase dengan 3 cara. Mana-mana salah satu DB / Main Switch / Circuit Breaker di bawah ini mungkin terdapat pada premis anda.







Sekiranya DB/ Circuit Breaker anda hanya ada 1 suis utama sahaja (biasanya ia berwarna merah) dan apabila anda membuka peti DB tersebut, didapati 3 warna iaitu merah, kuning, biru pada DB / Circuit Breaker anda, maka ia juga adalah 3 Phase.

* Kredit jimatkaran.com



















Tuesday, October 14, 2014

Padah Ceroboh Bilik Pencawang TNB

Keadaan lelaki yang terbakar 80% akibat ceroboh bilik pencawang TNB

BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki terbakar hampir 80 peratus anggota badannya selepas dia didakwa memasuki bilik pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1.15 petang di bilik pencawang di bangunan Lee Rubber di Jalan Tun Perak, Bachang di sini.

Menurutnya, semasa anggota bomba dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) tiba di lokasi kejadian, kebakaran pada tubuh mangsa sudah dipadamkan.

"Mangsa yang terbakar 80 peratus pada bahagian badan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka oleh unit EMRS untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, pihak TNB telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan menganggarkan kerugian RM200,000 kerana terpaksa menukar alat suis dan peralatan yang rosak.