Monday, August 18, 2014

Pertandingan Kemahiran Elektronik Kolej Vokasional 2014

Pada hari Sabtu (16/08/2014) yang lalu, saya telah berkesempatan datang ke Kolej Vokasional Kuala Klawang (KVKK) atas jemputan sebagai Hakim Pertandingan Kemahiran Elektronik Kolej Vokasional 2014 bidang Elektronik. 

Bagaikan "sirih pulang ke ganggang".. setelah hampir 10 tahun saya meninggalkan KVKK (dulunya SMVKK @ SMTKK) sejak 2004.. ramai rakan-rakan seperjuangan masa sezaman telah berhijrah ke tempat lain. Sempatlah berjumpa dengan beberapa rakan yang masih di KVKK... dan juga berkesempatan berjumpa rakan-rakan lama yang sama-sama belajar di MPT ..


Barisan Hakim Pertandingan...


Suasana pertandingan...



Barisan Hakim sedang berbincang dan memberikan markah...


 Litar projek para pemenang....

Tempat Pertama: KV Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah

 Tempat Kedua : KV Manjung, Perak

Tempat Ketiga : KV Arau, Perlis

Antara rakan-rakan yang sempat berselfie....




Friday, August 15, 2014

KEMPEN '1 KLIK UNTUKMU GAZA'

Salam Jumaat....

Atas persaudaraan dan keperihatinan, Elektrik Duniaku menganjurkan kempen “1Klik Untukmu GAZA” bermula pada bulan ogos sempena Bulan Kemerdekaan sehingga 31 Disember 2014.

Kempen ini bagi mengumpul dana yang akan didermakan kepada penduduk Gaza yang telah dizalimi oleh  rejim Zionis Israel.

Kami berharap pengunjung blog Elektrik Duniaku dapat menyumbang '1 klik' pada iklan Nuffnang yang tersedia di blok ini. Setiap amaun yang dikumpulkan sepanjang kempen ini, akan didermakan kesemuanya ke Tabung Gaza.

Sesungguhnya pihak admin blog Elektrik Duniaku tidak pernah meminta apa-apa bayaran di atas perkongsian ilmu yang telah kami sediakan di blog ini. Hanya sekadar memohon jasa baik penghujung blog ini untuk memberikan sumbangan melalui jari-jemari anda untuk menyalurkan sumbangan kepada penduduk Gaza …. “1Klik Untukmu Gaza”….

Semoga sumbangan yang anda berikan dapat memberi nafas baru kepada saudara-saudara kita demi sebuah kehidupan di bumi Gaza…. dan juga didoakan semoga ianya menjadi amal jariah untuk bekalan kehidupan kita di Alam sana ... Amin!!!

Apa yang anda perlu lakukan.... hanya 1 klik !!



Berikut adalah antara rekod pendapatan blog 
Elektrik Duniaku melalui kempen iklan Nuffnang



Walaupun sumbangan kita hanya 5 @ 10 sen sahaja... 
namun dengan keberkatan dalam kita berjemaah menghulurkan derma 
mudah-mudahan diberkati
'1 KLIK UNTUKMU GAZA'
Terima Kasih


Wednesday, August 13, 2014

CONTOH LITAR PENDAWAIAN - PROJEK 3

Dalam proses pembelajaran, untuk memudahkan anda melaksanakan litar pendawaian ini, hendaklah dibina terlebih dahulu litar skematik merujuk kepada kehendak kawalan yang diberikan. 




CONTOH LITAR PENDAWAIAN - PROJEK 2

Dalam Projek 2 kali ini, litar pendawaian melibatkan kawalan untuk litar lampu yang mengunakan suis satu hala dan suis dua hala. Bagi litar kuasa, ia menggunakan 2 poin soket alir keluar dalam sambungan litar jejari. Anda boleh merujuk kepada arahan pada kawalan bagi menetukan kadar pelindung yang diperlukan dimana litar skematik perlu dihasilkan bagi mereka yang masih dalam peringkat asas. 

Untuk membuat pendawaian tersebut, anda boleh merujuk kepada litar pendawaian yang telah disediakan. 




LITAR PENDAWAIAN




Friday, April 25, 2014

CONTOH LITAR PENDAWAIAN - PROJEK 1


Berikut adalah nota rujukan untuk mereka yang baru mempelajari litar pendawaian elektrik. Ini merupakan projek litar pendawaian bagi satu fasa (pendawaian permukaan). Ia melibatkan litar lampu menggunakan suis satu hala dan soket alir keluar (13A) sambungan litar jejari.

Dalam nota ini ditunjukkan bagaimana penyambungan bagi talian Live (L), Neutral (N) dan Earth (E) dari punca bekalan (Kotak Fius Agihan) ke suis satu hala dan point lampu serta sambungan soket alir keluar. (rujuk arahan kawalan).