Monday, September 8, 2014

Ducting

PENGENALAN KEPADA PENDAWAIAN SALUR (DUCTING).

Pengenalan Salur :

Sistem pendawaian kebanyakannya digunakan di bangunan-bangunan pejabat dan lain-lain. Salur dipasang dibawah lantai, sebelum lantai disimen, oleh sebab itu salur ini biasanya juga disebut salur bawah lantai. Salur dipasang untuk membawa pengalir litar kuasa, litar talipon, signalling systems dan lain-lain.

Lazimnya salur ini tersembunyi dibawah lantai. Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.

Salur dibuat daripada logam yang terbentuk segiempat bujur memanjang tanpa penutup.

1.    Salur
2.    Kotak simpang 90°
3.    90° elbow
4.    Adjustable elbow
5.    Pemegang salur
6.    offset
7.    Peralatan kerja




Kaedah pemasangan salur

Terdapat juga salur yang berkongsi dengan beberapa sistem perkhidmatan lain seperti perkhidmatan telefon, pemasangan lampu penggera dan sebagainya. Dalam pemasangan ini kotak simpangnya hendaklah berupaya memberi pengasingan litar dengan berkesan. Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90°

Ciri-ciri pemilihan

1.    Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
2.    Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
3.    Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
4.    Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang.
5.    Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
6.    Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
7.    Memerlukan perlindungan yang lebih.



Jenis-jenis kabel yang digunakan.

 Semua jenis kabel boleh digunakan dalam sistem pendawaian salur.


Keadah pemasangan kabel.

Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotak salur didahului kemudian diikuti oleh penyaluran kabel didalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagi tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atau sebagainya.


Kebaikan sistem pendawaian salur

1.    Dapat menempatkan kabel yang banyak
2.    Mudah mengubah pendawaian dan kedudukan keluaran mengikut keperluan.
3.    Kos pemasangan murah.
4.    Perlindungan mekanikan yang baik.
5.    Kemas dan mudah dipasang ke alat-alat keluaran.
6.    Alat-alat dan perkakas mudah diubah kedudukannya.

 Keburukan

1.    Merosakkan lantai semasa pemasangan.
2.    Boleh menjadi tempat sampah dan habuk terkumpul.
3.    Membazir kerana tidak keseluruhan salur digunakan

 PERATURAAN ELEKTRIK MENGENAI PEMASANGAN SISTEM SALUR.

1.    Salur yang dipasang dalam konkrit hendaklah mempunyai ketebalan jejaring konkrit lapisan lepa tidak kurang 15mm.
2.    Setiap pintu masuk ke salur hendaklah dibuat ditempat yang tidak mudah dimasuki air atau kalis air.
3.    Faktor ruang bagi salur ialah 35%

1 comment: