Showing posts with label SMK5. Show all posts
Showing posts with label SMK5. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

Kabel Bawah Tanah (Under Ground Cable)

TAJUK: PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN SESALUR KABEL BAWAH TANAH
TUJUAN:

Helaian Penerangan ini bertujuan menerangkan rekabentuk pepasangan sesalur kabel bawah tanah
yang terdapat pada sesuatu pepasangan industri serta dapat memantapkan lagi pengetahuan dan
kemahiran dalam melakukan kerja-kerja penyelengaraan pepasangan elektrik voltan rendah.

PENERANGAN

Kabel adalah perantaraan atau bahantara untuk membawa tenaga elektrik dari punca
penjanaan ke tempat pengguna. Oleh kerana kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alat dan tempat
pemasangan, yang berbeza- beza, maka terdapat kabel-kabel dalam berbagai jenis dan saiz bagi
memenuhi keperluan tersebut.

Kabel-kabel elektrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut bekalan arus ulanglik
atau arus terus seperti berikut:
- kabel voltan tinggi
- kabel voltan rendah
- kabel kawalan
- kabel telehubungan
- kabel data/isyarat

Definasi pemilihan pemasangan kabel.

Pemasangan yang baik bergantung kepada pemilihan kabel dan pendawaian yang sesuai. Oleh kerana
itu pemilihan yang teliti hendaklah dibuat agar kabel tersebut tidak membahayakan pengguna tetapi
cekap dan berharga murah. Untuk memenuhi kehendak peraturan MS IEC 60364 pada jadual yang
telah disediakan kadaran arus dan susutan voltan berbagai –bagai saiz dan jenis kabel. Kadaran
voltan kabel-kabel ini adalah 600/1000V atau 1000/1000V bagi kabel yang bertebatkan mineral.

Kesemua voltan ini dikendalikan pada frekuensi 50 Hz . Untuk membuat pemilihan kabel , faktor –
faktor berikut adalah diambil kira iaitu;
a. Jenis kabel
b. Susutan voltan
c. Keupayaan kabel untuk membawa arus .

Spesifikasi pepasangan sesalur kabel bawah tanah sistem duct

Bekalan masuk dari pihak pembekal kebanyakannya menggunakan kabel bawah tanah dan
dipasang melalui peparit kabel (cable trench). Melalui sasalur ini pengalir kabel amat mudah
disambungkan ke pemutus litar .

Bagi memudahkan kerja-kerja senggaraan kabel keluar dan masuk yang bersaiz kecil atau besar ia
amat sesuai dipasang pada sistem sesalur dimana ianya bergantung kepada kemana kabel itu pergi,
sama ada kedalam bangunan atau keluar bangunan .


Wednesday, October 3, 2012

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 4)

Salam Semua..


SENGGARAAN ACB

Diantara kerja-kerja senggaraan ACB ialah:
1.Sesentuh utama dan sesentuh arka
Gosok dengan kikir halus atau emery paper mana-mana yang sesuai untuk melicinkan
permukaan sesentuh dari kesan arka. Sebaik-baiknya ikut cadangan pihak pembuat. Sesentuh
yang telah rosak teruk boleh ditukar kepada yang baru.

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 3)

Salam Semua..


BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB


a. Sesentuh Tetap dan Sesentuh Bergerak
Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang mempunyai empat kutub. Oleh itu
terdapat tiga sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila dalam keadaan ON sesentuh tetap

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 2)

Salam Semua..

PERKAKASAN DALAM PSU


bahagian dalam PSU




Palang Bas (bus bar)
Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 1)


Salam Semua..



Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mulamula
sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain
beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan.