TAJUK: PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN SESALUR KABEL BAWAH TANAH
TUJUAN:
Helaian Penerangan ini bertujuan menerangkan rekabentuk pepasangan sesalur kabel bawah tanah
yang terdapat pada sesuatu pepasangan industri serta dapat memantapkan lagi pengetahuan dan
kemahiran dalam melakukan kerja-kerja penyelengaraan pepasangan elektrik voltan rendah.
PENERANGAN
Kabel adalah perantaraan atau bahantara untuk membawa tenaga elektrik dari punca
penjanaan ke tempat pengguna. Oleh kerana kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alat dan tempat
pemasangan, yang berbeza- beza, maka terdapat kabel-kabel dalam berbagai jenis dan saiz bagi
memenuhi keperluan tersebut.
Kabel-kabel elektrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut bekalan arus ulanglik
atau arus terus seperti berikut:
- kabel voltan tinggi
- kabel voltan rendah
- kabel kawalan
- kabel telehubungan
- kabel data/isyarat
Definasi pemilihan pemasangan kabel.
Pemasangan yang baik bergantung kepada pemilihan kabel dan pendawaian yang sesuai. Oleh kerana
itu pemilihan yang teliti hendaklah dibuat agar kabel tersebut tidak membahayakan pengguna tetapi
cekap dan berharga murah. Untuk memenuhi kehendak peraturan MS IEC 60364 pada jadual yang
telah disediakan kadaran arus dan susutan voltan berbagai –bagai saiz dan jenis kabel. Kadaran
voltan kabel-kabel ini adalah 600/1000V atau 1000/1000V bagi kabel yang bertebatkan mineral.
Kesemua voltan ini dikendalikan pada frekuensi 50 Hz . Untuk membuat pemilihan kabel , faktor –
faktor berikut adalah diambil kira iaitu;
a. Jenis kabel
b. Susutan voltan
c. Keupayaan kabel untuk membawa arus .
Spesifikasi pepasangan sesalur kabel bawah tanah sistem duct
Bekalan masuk dari pihak pembekal kebanyakannya menggunakan kabel bawah tanah dan
dipasang melalui peparit kabel (cable trench). Melalui sasalur ini pengalir kabel amat mudah
disambungkan ke pemutus litar .
Bagi memudahkan kerja-kerja senggaraan kabel keluar dan masuk yang bersaiz kecil atau besar ia
amat sesuai dipasang pada sistem sesalur dimana ianya bergantung kepada kemana kabel itu pergi,
sama ada kedalam bangunan atau keluar bangunan .
Perkongsian informasi menjana teknologi mencerna kreativiti mencetus inovasi demi suatu transformasi mengungguli generasi MADANI....
Showing posts with label Sistem Pendawaian. Show all posts
Showing posts with label Sistem Pendawaian. Show all posts
Wednesday, April 8, 2015
Pendawaian Tersembunyi (Concelled Wiring)
Pada entri kali ini, saya
ingin berkongsi dengan para pengunjung blog saya tentang Pendawaian Tersembunyi
atau 'Concelled Wiring'. Untuk pengetahuan semua, ketika ini pelajar-pelajar
kelas saya sedang belajar tentang
pendawaian tersembunyi secara modular/amali.
Memang cukup mencabar terutama dalam keadaan cuaca
sekarang ini yang cukup panas sehingga suhu mencecah ke 35C. Pembelajaran
dilaksanakan di kawasan bengkel terbuka seperti mana yang dapat anda lihat
gambar di bawah.
Sebelum kita dapat melakukan kerja-kerja pendawaian
tersembunyi, perkara yang penting adalah mengenali peralatan yang diperlukan.
Antaranya adalah seperti berikut :
BIL
|
ITEM
|
Bil/Unit
|
1
|
Pahat simen
|
1
|
2
|
“Grinder mesin
cutter”
|
1
|
3
|
Simen” Scrapper”
|
1
|
4
|
“Mask”
|
1
|
5
|
“Electric Drill”
|
1
|
6
|
“Combination
plier”
|
1
|
7
|
“Side cutter plier”
|
1
|
8
|
“Wire strappers”
|
1
|
9
|
“Ball pen hammer”
|
1
|
10
|
“Wiring hammer”
|
1
|
11
|
“Phillips screw
driver”
|
1
|
12
|
“Plat screw driver”
|
1
|
13
|
“Cordless drill”
|
1
|
14
|
“Test pen”
|
1
|
15
|
“Pvc pipe cutter”
|
1
|
16
|
“Spring bender”
|
1
|
17
|
“Measuring Tape”
|
1
|
18
|
Pembaris panjang
|
1
|
Berikut adalah langkah kerja amali yang boleh
dijadikan panduan dalam membuat pendawaian tersembunyi :
1. Membuat lubang kotak mengikut prosedur.
1.1 Buatkan
lurah/lubang pada dinding simen mengikut garisan lakaran plan susun atur. Gunakan
pahat
simen atau “Grinder cutter”.Gunakan ball pen hammer untuk mengetuk pahat simen.
1.2 Untuk
lurah konduit ukuran dalam dan lebarnya
ialah 2”
1.3 Untuk
lurah “concealed base” ukuran dalam ialah 3½” manakala lebarnya ialah 4”
1.4 Jangan
tebuk terlalu lebar pada bahagian KFA
& KWJ. Lebar 6” sudah mencukupi untuk
pengumpulan
kabel yang tidak banyak.
2. Memasang
kotak ”Concealed Base” mengikut prosedur.
1.1 Setelah
lurah siap,lakukan kerja-kerja larian konduit serta pemasangan kotak “Concealed
base”.
1.2 Klipkan
konduit supaya ianya tidak terkeluar dari lurah dan untuk memperketatkan
pemasangan
supaya
tidak berganjak ketika kerja-kerja melepa dijalankan nanti.
1.3 Pastikan
kotak “Concealed base” tidak terkeluar dari lurah.Jarak paras “Concealed
base”dengan
paras
simen sekurang-kurangnya 1”.
Friday, April 25, 2014
NOTA : Surface Wiring
Friday, October 19, 2012
Kesalahan Dalam Sistem Pendawaian : Siri 2
Berikut adalah kesalahan-kesalahan dalam sistem pendawaian elektrik yang sering dilakukan di bangunan kediaman, bangunan pejabat, indutri dan yang sewaktu dengannya.
Saturday, October 13, 2012
Kesalahan Dalam Sistem Pendawaian : Siri 1
Berikut adalah kesalahan-kesalahan dalam sistem pendawaian elektrik yang sering dilakukan di bangunan kediaman, bangunan pejabat, indutri dan yang sewaktu dengannya.
Wednesday, October 10, 2012
Pendawaian Elektrik : SALAH Lawan BETUL
Beberapa kesalahan-kesalahan dalam pemasangan dan pendawaian elektrik yang biasa kita jumpa di rumah kediaman, bangunan kedai, bangunan pejabat dan sebagainya. Walau pun kita melihat dan tahu bahawa ianya SALAH namun kebiasaannya kita tidak mengambil peduli.
Biasanya tindakan akan diambil serta merta setelah berlakunya kemalangan atau kebakaran. Adakah kita peka dengan apa yang kita lihat pada kecacatan dalam sistem pendawaian terutama disekeliling anda?????
Biasanya tindakan akan diambil serta merta setelah berlakunya kemalangan atau kebakaran. Adakah kita peka dengan apa yang kita lihat pada kecacatan dalam sistem pendawaian terutama disekeliling anda?????
Pemasangan Papan Suis Utama (Distribution Board)
Peralatan Elektrik
Monday, October 8, 2012
Mengapa TNB Menggunakan Penghantaran Tiga Fasa..
Kadang-kadang kita tidak pernah terfikir mengapa TNB menggunakan sistem penhantaran tiga fasa bagi talian atas. Ini kita dapat lihat terutama di kawasan kampung-kampung seperti di kampung saya (Parit Othman, Parit Sulong) yang masih lagi mengunakan empat talian seperti gambarajah di bawah :
Namun persoalan ini pernah ditanya oleh pelajar saya semasa sesi PnP di dalam Bengkel Pendawaian. Di sini saya ingin berkongsi informasi tentang penghantaran
tiga fasa yang digunakan oleh TNB bagi talian atas untuk membekal
kuasa ke rumah-rumah di kawasan kampung atau desa adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Di antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :
Subscribe to:
Posts (Atom)