Thursday, October 4, 2012

PEMASANGAN TIMER

Salam Semua..



Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam.



Cara Memasang dan Litar Pendawaian


Litar pada bahagian luar timer



Kaki sambungan pada bahagian dalam timer

1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut.
    - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral)

    - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup.

    - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup)

    - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan mati.



Contoh sambungan dari manual yg diberikan


Setelah sambungan dibuat, anda perlulah melaraskan jam pada timer pada waktu yang tepat mengikut jam yang berjalan, kena berhati-hati kerana timer ini adalah 24 jam.


Diatas adalah cara untuk anda melaraskan timer anda ke jam yang betul. Gambara dibawah pula menunjukan jam tersebut dilaras pada pukul 10 pagi (lihat penunjuk segitiga dibawah)



Untuk setkan timer tersebut anda perlulah menarik bilah-bilah kecil plastik kebawah (seperti gambar diatas). Sekeping bilah tersebut bernilai 10 minit. Gambar diatas saya telah setkan timer tersebut dan akan berfungsi pada pukul 8.00 pagi seterusnya timer akan mati pada pukul 10.20 pagi.(14 bilah kebawah)



Tombol kecil bulat seperti gambar diatas pula fungsinya adalah untuk mengubah keadaan beban (sama ada hidup atau pun mati) secara manual. Contohnya, saya setkan beban tadi akan mati dari pukul 8.00 pagi hingga 10.20 pagi, jika saya mahu hidupkan beban tadi secara manual, saya akan pusingkan tombol tadi dari kedudukan 0 ke kedudukan 1.



Contoh timer yang dipasang didalam kotak agihan

Sambungan litar skematik dari DB ke lampu..

                                     

31 comments:

  1. Assalam...

    Sy bercadang utk memasang sendiri timer (spt diatas). Masalahnya saya agak kurang faham dengan litar seperti gambarajah & juga yang telah dilukis..

    Saya ingin memasang timer tersebut berhampiran suis lampu. Setahu saya, suis lampu cuma mpunyai wayar hidup, yang akan tertutup apabila suis di on.

    Jadi, adakah wayar hidup tersebut sy kena potong, dgn satu hujung disambung terus ke kaki 2 dan 4, manakala satu lagi hujung ke kaki 5?

    Untuk wayar neutral, dari mana perlu saya tarik dan sambung?

    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Wsalam..
    Sepatutnya timer dipasang berhampiran 'switch board' untuk memudahkan menarik wayar neutral bagi fungsi untuk menghidupkan timer tersebut. Kalau sdr ingin memasang timer berdekatan dengan suis, sdr perlu menarik wayar neutral yang berhampiran spt pada poin lampu, kipas atau soket alir keluar.
    Bagi sambungan wayar hidup pada timer pula, wayar hidup boleh terus diambil dari suis lampu yang ingin dikawal dengan menyambungkan wayar input dari switchboard ke kaki 2 (untuk menghidupkan timer)loop ke kaki 4 (command) dan satu lagi wayar hidup disambungan ke lampu ke kaki 3 (lampu sedia buka) atau kaki 5 (lampu sedia tutup).

    ReplyDelete
  3. salam tuan
    saya ada beli timer jenama maxguard q24ts.
    tapi saya mmg xtau nk pasangnya camane.
    boleh tak tuan bantu saya..
    tapi saya mohon bantuan tuan guna istilah biase2 je, sebab saya x pndi maksud beban asal ke atau ape
    yang saya tau camni,
    api, neutral dgn bumi.
    mohon sangat2 jasa tuan

    ReplyDelete
  4. wsalam..
    sebelum itu boleh tuan amik beberapa keping gambar timer tersebut bersama-sama litar penyambungan dan email kepada saya amanhani@gmail.com. sebab saya search melalui google tidak terdapat litar hanya ada gambar timer sahaja.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan lambat reply, saya akan emelkan pada tuan nanti.
      terima kasih tuan sudi bantu saya.
      hanya Allah s.w.t saja dapat membalas jasa tuan

      Delete
    2. Assalam Tuan,

      Saya juga ada membeli timer jenis maxguard Q24TS dan agak keliru untuk sambung ke MCB. Mohon bantuan.
      zulfikrimuhamad@gmail.com

      Delete
  5. nk taya..timer guna litar chaya k litar kuasa

    ReplyDelete
  6. boleh cite wayar wrna apa tak...no 12345

    ReplyDelete
  7. boleh cite wayar wrna apa tak...no 12345

    ReplyDelete
  8. SALAM TUAN.....
    KES SY SAMA MCM AZRI.... PAKAI MODEL YANG SAMA, maxguard q24ts...
    BOLEH TUAN BANTU SY... tq tuan
    mustaqim_sabri@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. shukri rie.. bagi email tuan.. nanti saya attachkan doc pemasangan timer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSlm tuan, boleh emailkn pd sya doc tsbt...ahbas2011@gmail.com, tq

      Delete
  10. farizuan ramlee.. selalunya timer untuk nyalakan lampu.. so guna litar cahaya..

    ReplyDelete
  11. Salam tuan saya dh beli timer switch maxguard..boleh bagi cara pasang tak....ni email saya tuan...putra8057@gmail.com..terima kasih

    ReplyDelete
  12. Saya juga ada membeli timer jenis maxguard Q24TS. Mohon bantuan.
    encikermanxx@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Utk memudahkan saya membantu tuan.... boleh tak wassap kat saya gambar timer ....Lbh mudah jika kita rujuk gambar dan juga terminal yg perlu disambungkan ....

    ReplyDelete
  14. Nie no saya... 012-6103619 wak emran

    ReplyDelete
  15. SALAM TUAN.....
    KES SY SAMA MCM AZRI.... PAKAI MODEL YANG SAMA, maxguard q24ts...
    BOLEH TUAN BANTU SY... tq tuan
    mie658@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. salam tuan.. tumpang bertanya.. wiring diagram diatas tak menggunakan suis lampu kan? jadi jika wiring sedia ada sudah ada suis bagaimana? adakah perlu loop kabel comand dengan kabel ke lampu(dalam kotak suis) dari kaki 5 (N/O) timer? dan adakah penggunaan suis lampu tidak digalakkan didalam pemasangan timer? mohon pencerahan.tq

    ReplyDelete
  17. Saudara..blh x watsapp i untuk diagram maxguard jugak..10q byk2

    ReplyDelete
  18. Bro apa tu wayar hidup....

    ReplyDelete
  19. dalam pendawaian nie ada tiga wayar/kabel utama... hidup/life, neutral dan earth....

    ReplyDelete
  20. salam...sy x faham la litar skematik yg tuan lukis tu....boleh bgi yg lagi jelas ?

    ReplyDelete
  21. Saya dah post litar skematik yang baru.. smoga dapt difahami..TQ

    ReplyDelete
  22. Salam..bleh emailkn sy cara pemasangan maxguard q24ts x...ke ahmad.azwad@hotmail.com
    tqvm..

    ReplyDelete
  23. assalammulaikum admin, boleh ajar saya macm mana nak pasang timer untuk air handling unit (AHU) tak?

    ReplyDelete
  24. Boleh email kan cara pendawaian timer maxguard q24ts ke lampu.ni email saya dzack_rie@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. Salam..tuan, setelah selesai semua nya..timer tu akan bergerak macam jam kan?
    hillview12@gmail.com

    ReplyDelete
  26. salam...ade sape2 bleh bgi litar untuk 1 timer 2 aircond tak...time kasih..

    ReplyDelete