Showing posts with label Inovasi. Show all posts
Showing posts with label Inovasi. Show all posts

Friday, April 27, 2018

PRODUK INOVASI - MyPLC



PRODUK INOVASI "MyPLC"

TIDAK MENGIRA USIA ATAU LATAR BELAKANG
MAHU PUN KERJAYA....
ANDA BOLEH LAKUKAN... ANDA BOLEH BUKTIKAN....

Pihak ADv Innovation Center telah melaksanakan Kursus PLC (Basic Level) kepada staff UITM Segamat antara peserta adalah dikalangan Jurutera dan juga Pembantu Jurutera pelbagai bidang dan latar belakang..
Kursus yang di jalankan selama 2 hari (18 & 19 hb April 2018) telah banyak memberi pendedahan kepada peserta berkaitan PLC...
Dengan menggunakan hasil produk inovasi kami iaitu 'MyPLC' mereka dapat memahami dan seterusnya melaksanakan tugasan amali dengan jaya dan penuh bergaya...
Tidak mengira usia dan latar belakang atau bidang kerjaya... ini dapat dibuktikan oleh Pn Masitah (Pentadbiran) dan Pn Hayati (Bidang Lanskap) telah teruja membuat amali menggunakan produk inovasi kami... MyPLC....
Mereka sudah .... anda bila lagi......????
Sertailah kami ..
Keterangan lanjut sila layari dan LIKE page FB kami :
https://www.facebook.com/advinnotech/

Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah :

Monday, October 29, 2012

KARNIVAL KEUSAHAWANAN & INOVASI 2012

Pada minggu lepas iaitu 23 Oktober 2012 (Selasa), Kolej Komuniti Bukit Beruang telah menganjurkan Karnival Keusahawanan dan Inovasi peringkat Kolej. Beberapa acara telah di jalankan antaranya adalah sesi jualan yang melibatkan pelajar-pelajar KKKBBM, pameran dari pelbagai agensi seperti UTEM, TEKUN, IKS sekitar negeri Melaka dan juga pelbagai pertandingan. 

Antara pertandingan yang di jalankan adalah cabaran inovasi, Black Box, permainan sahiba, Kapal Kertas Kreatif, cabaran Teh Tarik, Hasil Cipta Inovasi, karaoke dan banyak lagi. Dalam pertandingan Hasil Cipta Inovasi, SMK 2 (kelas yang saya ajar) telah mendapat tempat pertama.


Hasil inovasi yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar SMK 2 adalah bertajuk "Pelita Raya Elektrik'. Projek ini telah dihasilkan olej pelajar-pelajar SMK 2 dalam tempoh sehari sahaja. Ia menggunakan bahan terpakai seperti konduit pvc, trunking pvc, pelita minyak tanah (telah diubah suai menjadi pelita elektrik) dan menggunakan bahan yang dibeli iaitu mentol berklip ala pelita dengan kawalan menggunakan fotosel.

Berikut adalah gambar kenangan yang sempat dirakam oleh lenser kamera  bermula dari proses mula membuat projek, hasil projek, penghakiman ketika pertandingan dan penyampaian hadiah (oleh Pengarah KKBBM kepada ketua projek... saudara Afian)

Tuesday, October 23, 2012

Coffee Breaks.....

Kenape... tak percaya??? Kalau berani cubalah....


I KNOW THAT YOU LOVE COFFEE....
SO HAVE ONE ON ME!!!!

1. CLICKS ON THE LINK (COFFEE MACHINE BELOW)
2. PUT THE IN THE VENDING MACHINE
3. CHOOSE YOUR DRINK
4. CLICKS ON THE CUP WHEN IT IS READY
5. CLICKS ON OPEN ENJOY


to start clicks : 




Thursday, October 11, 2012

Inovasi : Lampu Kalimantang LED

Semalam saya bertugas sebagai Urusetia di Kolej Komuniti Jasin, Melaka sempena Hari Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Melaka-Negeri Sembilan. Sambil melihat pameran yang disediakan, saya menyinggah untuk mendapatkan maklumat tentang inovasi yang disediakan oleh Green Tech Malaysia. 



Mereka membuat inovasi berkaitan penggunaan lampu kalimantang mengikut jenis dan kaitannya dengan kuasa yang digunakan. Terdapat 3 jenis lampu kalimantang yang digunakan iaitu lampu T8 (guna 'ballast' dan 'starter'), lampu T5 (guna 'ballast' elektronik tanpa 'starter') dan lampu LED. Kuasa bagi setiap jenis lampu kalimantang adalah seperti berikut :