Thursday, May 16, 2013

KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN




PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI DALAM KERJA-KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK
Tangga – adalah contoh alat untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi, ia mestilah sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya tidak bercat. Semasa digunakan mestilah disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin mestilah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh juga ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang tangga. Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia menggunakannya iaitu dengan menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga. Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia tidak akan merbahayakan pengguna tersebut.
Litar – sebelum bekerja pastikan litar itu mati. Seberapa yang boleh matikan suis utama dan kuncikan. Seelok-eloknya tanggalkan fius dan simpan atau tutupkan pemutus litar. Bekerja pada litar yang hidup amat merbahaya dan dilarang kecuali di waktu kecemasan dan kerja tersebut dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja dengan mematuhi langkah-langkah berikut:-
1               Menebatkan dirinya dari menjadi pengalir iaitu dengan menggunakan pakaian      bertebat.
2               Bekerja hanya pada satu litar sahaja.
3               Menggunakan sarung tangan penebat dan berdiri di atas benda bukan logam.
4               Semua alat mestilah kering.

KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN
 Secara menyeluruh, keselamatan pemasangan elektrik adalah seperti berikut:-
1)         Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik mestilah orang yang berkelayakan dan alat  yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan yang diakui sahaja.
2)     Ujian mestilah dijalankan sebelum dan sesudah tambahan pemasangan baru atau baikpulih dibuat oleh orang yang dipertanggungjawabkan
3)      Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya dan penebatannya supaya tahan dengan voltan, arus dan suhu sekitaran.
4)               Fius dan pemutus litar mestlah sesuai kadar arusnya.
5)               Pembumian di kawasan itu hendaklah berkesan.
6)               Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali mendapat kebenaran.

PERATURAN KESELAMATAN
1  Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris dan penyakit mestilah  dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera.
2  Jangan sesekali menolak sebarang bantuan pertolongan cemas biarpun bagi kecederaan ringan.
3       Jangan bergurau senda semasa bekerja.
4    Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan, pejabat, kantin dan kawasan-kawasan yang dibenarkan.
5     Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
6     Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
7     Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di kawasan yang di tentukan.
8     Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di kawasan yang diwajibkan.
9     Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang ditentukan.
10 Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk membersih pakaian anda dan jangan menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda atau pekerja lain.
11  Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah di kakinya atau tangga yang rosak jangan digunakan.
12  Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan semasa berada di atas palet yang dinaikkan dengan forklif.
13  Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling atas adalah merbahaya dan dilarang sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam keadaan yang kurang selamat.
14  Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas: pelantar dan pancak digunakan apabila perlu.
15  Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan abah-abah hendaklah digunakan dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh digunakan.
16  Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
17  Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah mer bahaya dan dilarang sama sekali.
18  Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
19  Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).
20  Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar kawasan kilang tidak boleh melebihi had laju yang ditetapkan.
21  Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan cermat iaitu dengan mengambil kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.
22  Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk menentukan segala alat perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.
23  Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila hendak pulang dan mesin itu tidak digunakan lagi.
24  Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda memakai alat perlindungan diri, seperti googel kimia, apron, but getah dan sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat pernafasan jika perlu.
25  Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang adalah di larang sama sekali. 

1 comment: