Monday, April 10, 2017

Letak kamera digital di kasut untuk intai wanita


ALOR SETAR - Macam-macam perkara pelik sanggup dilakukan orang untuk melayani nafsu seksual mereka.

Misalnya di sini seorang lelaki berusia 39 tahun dibelasah orang ramai selepas didapati mengintai dalam kain seorang wanita dengan menggunakan kamera digital kecil yang diletakkan pada kasut dan disambungkan terus kepada telefon pintar iPhone 6 miliknya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian itu berlaku di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar di sini di mana mangsa diintai ketika sedang membeli kuih di sebuah gerai di situ.
"Mangsa tidak menyedari perlakuan tidak senonoh suspek yang meletakkan kakinya ke bawah kain suspek ketika berada berhampiran sebuah gerai menjual kuih sehinggalah dia diberitahu perkara itu oleh orang ramai.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak memukul suspek selepas mendapati kasutnya mempunyai kamera digital yang boleh merakam video secara langsung yang bersambung dengan iPhone 6 milik suspek," katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang berusia 38 tahun dan menetap di Jitra itu menjelaskan dia yang langsung tidak mengenali suspek lalu membuat laporan polis.  

Suspek yang bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan.    

Tidak diketahui sama ada suspek sudah berkahwin atau belum. - Bernama

Catatan : 

Baru semalam selesai melaksanakan kursus pemasangan CCTV .... Ada peserta yang bertanya berkenaan 'Hidden Camera'....Jangan salah guna kecanggihan teknologi terkini..... 

Untuk maklumat berkenaan penjualan pelbagai jenis hidden camera boleh klik di sini..

No comments:

Post a Comment