Wednesday, December 6, 2017

PEMASANGAN "HOTEL KEY CARD" @ "MAGNETIC KEY"

Hotel key card atau magnetic key boleh diklasifikan juga sebagai medium untuk penjimatan elektrik. Selalunya magnetic key ini di pasang di hotel-hotel dimana pengguna perlu memasukkan kunci pada suis barulah arus elektrik akan disambungkan ke seluruh bilik.

Pada masa sekarang kebanyakan homestay akan melakukan perkara yang sama iaitu dengan memasang hotel key card atau magnetic key ini untuk menghindarkan dari penyewa-penyewa homestay  melakukan pembaziran tenaga elektrik. Pemilik homestay terpaksa membayar bil elektrik yang begitu tinggi setiap bulan kerana kemudahan yang disediakan tidak digunakan secara berhemah seperti penyaman udara tidak dimatikan bila penyewa keluar meninggalkan homestay. Ada juga pemilik homestay terpaksa menaikkan sewa jika perkara itu terus berlaku. Kita juga yang terkena tempiasnya.


Disini saya ingin mengajar cara-cara memasang hotel key card atau megnetic key ini, kerana saya melihatnya sebagai keperluan disetiap homestay. Terdapat banyak jenis hotel key card ini, ada yang menggunakan jenis kad dan jenis magnetic slot, saya mencadangkan jenis magnetic aslot kerana jenis ini tahan lasak, tidak mudah rosak dan penyewa tidak boleh menggunakan benda lain selain magnetic key untuk menghidupkannya.

JENIS MAGNETIC KEY
JENIS KEY CARD


1. Cara pemasangan magnetic key ini cukup mudah, di bahagian belakang suis megnetic key ini sudah ada tanda yang dibuat untuk mengenalpasti kabel-kabel yang hendak dipasang pada suis ini.

Bahagian belakang suis
N (wire) - Untuk sambungan kabel Neutral, boleh dipasang terus dari Neutral Bar
L(out)    -  Untuk disambung pada MCB (boleh rujuk litar pendawaian dibawah)
L(in)      - Sambungan dari Rccb (boleh rujuk litar pendawaian dibawah) 

2. Litar pendawaian Magnetic key


Litar pendawaian


3. Pemasangan yang telah siap



4. Bagi penggunaan beban yang terlalu tinggi, saya mencadangkan penggunaan "contactor" bagi mengurangkan arus terlalu tinggi memasuki suis. Magnetic card suis akan menghidupkan contactor bagi menyambung bekalan dari Rccb ke MCB. Belilah contactor yang dapat slot terus ke dalam DB lagi mudah dan tidak perlu membuat penambahan box untuk meletakkan contactor ini

Jenis contactor yang slot in ke dalam DB
Menggunakan Contactor Biasa

Menggunakan Contactor yang Slot In Ke DB
Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah :

2 comments:

  1. Salam Tuan, Boleh lukiskan sambungan dari ELCB, Contactor dan Suis Kad. Tq

    ReplyDelete
  2. Boleh whatsapp saya tuan.. 0193946416

    ReplyDelete