Monday, March 18, 2019

KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL

Maklumat kursus :

Nama Kursus : Pemasangan Pendawaian Eektrik (Peringkat Asas)
Tarikh : 16 - 17 Mac 2019 (Sabtu & Ahad)
Masa  : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bengkel Pendawaian Elektrik Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM)
Bilangan peserta : 11 orang

Tenaga Pengajar :
1. MD EMRAN BIN SAIDI
2. AMAN ZAKI BIN MAMAT

Penyertaan dari kalangan kakitangan awam, pekerja industri/swasta, bekerja sendiri dan graduan IPT. Rata-rata dia orang semua tiada asas elektrik. Didorong dengan rasa minat dan kesungguhan untuk menimba ilmu terutama dalam bidang pendawaian elektrik, mereka sanggup meluangkan masa dan mengorbankan cuti hujung minggu selama 2 hari berkursus di KKBBM.

Objektif Kursus :

1. Memberi pendedahan asas berkaitan pendawaian elektrik
2. Melakukan proses pemasangan pembuluh pvc (satu fasa)
    i. Mengukur, menanda dan memotong pembuluh pvc mengikut ukuran yang ditetapkan
   ii. Membengkokkan pembuluh pvc 90 dan 135 darjah
  iii. Memasang dan melengkapkan pembuluh pvc mengikut susunatur pada papan pendawaian (wiring bay)
3. Mendawai dan memasang alat tambah mengikut litar pendawaian dan jugha susun atur pada papan pendawaian
4. Melakukan kerja-kerja pendawaian mengikut peraturan ST


GALERI SEPANJANG KURSUS

HARI PERTAMA : 16 MAC 2019 (SABTU)










HARI KEDUA : 17 MAC 2019 (AHAD)










PENGUJIAN - SEMUA PESERTA BERJAYA MENYIAPKAN PROJEK & BERFUNGSI












ANDA SEMUA MEMANG HEBAT...... TAHNIAH !!!



Album sepenjang kursus boleh klik DI SINI!


8 comments: