Wednesday, February 27, 2013

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KERJA



Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh kerana aliran arusnya tidak nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersilap ia boleh mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya. 

Gejala ini hanya boleh diatasi jika semua peraturan keselamatan dipatuhi. Peraturan keselamatan ini bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, alat-alat dan bangunan dari bahaya yang disebabkan oleh elektrik.Peraturan ini diambil berdasarkan peraturan IEE (Institution Of Electrical Engineers) dan Jabatan Bekalan Elektrik & Gas yang dikemaskini dari masa ke semasa.



Berikut adalah antara langkah keselamatan terpenting yang perlu dipatuhi :



1. Lantai tempat bekerja mestilah bersih daripada minyak, air atau gris. Semua bahan ini boleh menyebabkan pekerja tergelincir semasa mereka bekerja ditempat tersebut.



2. Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan sempurna. Jika tidak, sila beritahu pegawai yang bertugas. Peralatan harus disimpan ditempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari bila diperlukan, lebih-lebih lagi di waktu kecemasan. Pastikan semua peralatan diletakkan ditempatnya yng asal selepas digunakan.



3. Pakai pakaian yang bersesuaian, tidak terlalu sempit atau terlalu longgar. Kasut bertapak tebal dan berjahit disekelilingnya lebih digalakkan semasa membuat kerja-kerja pendawaian.



4. Seseorang tidak dibenarkan bergurau atau bermain peralatan yang tajam atau panas dengan kawan semasa melakukan kerja dibengkel.



5. Pastikan pembumian disetiap pemasangan berkesan. Elakkan dari berkarat.



6. Pastikan pengalir (dawai) yang digunakan memenuhi saiz dan penebatan yang sesuai.



7. Penambahan litar mesti dielakkan kecuali mendapat kebenaran dari pegawai.



8. Jangan menceraikan bahan-bahan elektrik yang digunakan dalam ujikaji tanpa pengetahuan pegawai bertugas.



9. Sebelum sesuatu ujikaji diuji dengan bekalan elektrik, dapatkan bantuan dari pegawai yang bertugas untuk memeriksa litar dan penyambungannya.



10. Selepas bekerja atau selepas menggunakan mesin elektrik, pastikan suisnya dimatikan.



11. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pegawai yang bertugas harus diberitahu dengan serta-merta.



12. Semua bekalan elektrik harus dimatikan selepas kerja atau semasa hendak meninggalkan makmal.



13. Sebelum memasangkan plug pada soket, pastikan suis pada soket dimatikan terlebih dahulu.

28 comments:

  1. lot of information on Safety Precaution to be taken during the work like CCTV Installtion

    ReplyDelete
  2. emang betul bagus mantap ... apapun kerja hendaklah memakai alat alat keselamatan yang bersesuian dan berhati hati...

    ReplyDelete