Perkongsian informasi menjana teknologi mencerna kreativiti mencetus inovasi demi suatu transformasi mengungguli generasi MADANI....
Thursday, October 31, 2013
15 Penjana Kuasa Elektrik TNB gagal Dibawa Lari
SHAH ALAM - Polis merampas semula 15 unit penjana kuasa elektrik Tenaga
Nasional Berhad (TNB) termasuk dua buah treler bernilai kira-kira
RM600,000 yang dilarikan 16 lelaki dari sebuah gudang di, Teluk Gong,
Pandamaran, Klang, semalam.
Turut ditahan bersama 16 suspek terbabit seorang pekerja gudang itu dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian berlaku.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lima lelaki bersenjatakan parang memanjat masuk ke dalam premis dan mengikat empat pengawal keselamatan yang bertugas dalam kejadian jam 4.45 pagi itu.
Beliau berkata, kumpulan suspek itu kemudiannya melarikan dua buah treler bermuatan 15 unit penjana kuasa elektrik TNB seberat 45 tan.
Menurutnya, empat pengawal yang diikat bagaimanapun berjaya melepaskan ikatan mereka, sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak peronda pengawal keselamatan.
Katanya, laporan dibuat kira-kira jam 6.30 pagi dan siasatan awal berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan pemandu di premis terbabit.
“Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada serbuan di sebuah lagi gudang di Pulau Meranti, Puchong pada jam 6 petang hari sama.
“Ketika diserbu, seramai 16 suspek lelaki sedang sibuk meleraikan komponen penjana kuasa elektrik yang baru dicuri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Mohd Shukri berkata, 16 suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan, lima lelaki warga Sri Lanka, tiga lelaki warga India dan seorang lelaki warga Pakistan.
“Lebih mengejutkan dua buah treler yang dilarikan dicat semula, selain nombor chasis enjin turut diubahsuai dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, penjana kuasa elektrik itu dileraikan bagi mendapatkan komponen besi yang disadur perak serta minyak untuk dijual di pasaran.
Menurutnya, semakan mendapati tiga daripada suspek tempatan yang ditahan dikenalpasti mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk satu berkaitan dadah.
Katanya, semua suspek warga asing ditahan juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Semua suspek berusia antara 18 hingga 57 tahun, direman seminggu sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata api.

Monday, October 7, 2013
NOTA : Pendawaian Elektrik Satu Fasa (Siri V)
Untuk mendapatkan bahan NOTA
sila klik imej di bawah...
ISI KANDUNGAN :
6. ALAT PERLINDUNGAN (Sambungan)
- M/S 30
- M/S 30
6.1 Perlindungan Arus Lebihan
- m/s 35 - 38
6.2 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (Kendalian Arus)
- m/s 39 - 45
- m/s 35 - 38
6.2 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (Kendalian Arus)
- m/s 39 - 45
NOTA : Pendawaian Elektrik Satu Fasa (Siri VI)
Untuk mendapatkan bahan NOTA
sila klik imej di bawah...
ISI KANDUNGAN :
8. SISTEM PEMBUMIAN - M/S 46
9. UJIAN PEMASANGAN - M/S 47 -53
10. PERTOLONGAN CEMAS - M/S 54 - 57
9. UJIAN PEMASANGAN - M/S 47 -53
10. PERTOLONGAN CEMAS - M/S 54 - 57
Thursday, July 11, 2013
NOTA : Pendawaian Elektrik Satu Fasa (Siri IV)
Untuk mendapatkan bahan NOTA
sila klik imej di bawah...
ISI KANDUNGAN :
5. LITAR PENGGUNA - M/S 18
5.2. Litar Akhir (sambungan) - m/s 24 - 29
6. ALAT PERLINDUNGAN - M/S 30
6.1 Perlindungan Arus Lebihan - m/s 30 - 34
Friday, June 28, 2013
Bekalan Elektrik Terputus Di S'wak Akibat Litar Terpelantik
Kejadian
bekalan elektrik terputus membabitkan hampir keseluruhan Sarawak
termasuk Kuching petang ini berpunca daripada litar di talian
penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.
Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) Ahadiah Zamhari berkata jurutera dan juruteknik SEB sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang turut menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar raya Kuching susulan lampu isyarat pincang tugas.
"Kami sedang melakukan sedaya upaya kami untuk memulihkan bekalan secepat mungkin dan SEB memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna," katanya dalam kenyataan di Kuching.
Katanya gangguan itu mungkin menjejaskan semua bahagian di Sarawak namun SEB belum dapat mengesahkannya setakat ini.
Bekalan elektrik di sesetengah kawasan di bandar raya ini termasuk di Poh Kwong Park dan Matang telah dipulihkan pada pukul 6.30 petang semalam.
Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.15 malam.
Bernama dimaklumkan pengguna di Miri masih bergelap setakat 8.30 malam tadi yang turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar itu. -Bernama

Tuesday, June 25, 2013
Wednesday, June 12, 2013
NOTA : Pendawaian Elektrik Satu Fasa (Siri III)
Untuk mendapatkan bahan NOTA
sila klik imej di bawah...
ISI KANDUNGAN :
5. LITAR PENGGUNA - M/S 18
5.1. Litar Jujukan Utara - m/s 18 -23
5.2. Litar Akhir - m/s 24 - 29
Wednesday, May 22, 2013
NOTA Siri II : Pendawaian Elektrik Satu Fasa
Untuk mendapatkan bahan NOTA
sila klik imej di bawah...
ISI KANDUNGAN :
4. PENDAWAIAN INDUSTRI - M/S 9 - 17
Thursday, May 16, 2013
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERSONEL BINAAN (AKREDITASI) - BUILDING WIRING INSTALLATION
Pada petang semalam, kami dikunjungi oleh pihak ABM Wilayah Selatan yang diwakili oleh Encik Shahid dan dua orang pegawai dari CIDB Melaka iaitu Encik Shari dan Encik Zuhaizad. Perbincangan menjurus kepada 'kolaborasi' di antara pihak Kolej Komuniti Bukit Beruang (Melaka) dan pihak CIDB serta ABM.
Pihak ABM akan bekerjasama dengan pihak Kolej Komuniti dalam menjayakan Program Latihan Kemahiran Personel binaan (Akreditasi) dalam bidang Building Wiring Installation (BWI). Program Akreditasi ini akan di jalankan di KKBBM di mana pelajar-pelajar SMK Pemasangan Elektrik akan menduduki peperiksaan amali selama satu hari.
Program ini di jalankan dengan kerjasama pihak ABM manakala pihak CIDB yang akan mengeluarkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) kepada peserta yang lulus dan mereka layak untuk berdaftar sebagai Pekerja Mahir dengan CIDB.
Pegawai dari ABM Wilayah Selatan dan CIDB Melaka |
Syarat permohonan Program Personel (Akreditasi) :
(Khusus untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti)
1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Boleh membaca, menulis dan mengira
4. Tamat sekolah Darjah 6/Tingkatan 3
5. Berumur 18 - 55 tahun
6. Memiliki Kad Hijau (Green Card)
7. Memiliki 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan (bagi pelajar Kolej Komuniti digalakkan pelajar yang telah atau sedang mengambil SMK 2 - Pendawaian Pembuluh & Sesalur Fasa Tunggal)
KAD HIJAU (GREEN CARD)
Beberapa langkah berikut boleh membantu:
1. Isi Borang UPP1 dan lengkapkan. Bahagian A (Maklumat Pemohon), E (Maklumat Pewaris) dan F (Pengakuan Pemohon) wajib diisi dengan lengkap. Biarkan kosong kotak No Kad Pendaftaran CIDB dalam Bahagian A.
2. Untuk bahagian D (Maklumat Majikan), boleh diisi dengan meletakkan nama dan alamat Kolej Komuniti
3. Bahagian H (Pengesahan) boleh dibuat oleh Ketua Program atau KJKK.
2. Tampalkan sekeping gambar di ruang yang disediakan (atas dan kanan).
3. Sertakan permohonan pelajar dengan salinan IC (depan & belakang dalam satu muka surat kertas A4)
2. Tampalkan sekeping gambar di ruang yang disediakan (atas dan kanan).
3. Sertakan permohonan pelajar dengan salinan IC (depan & belakang dalam satu muka surat kertas A4)
5. Duit untuk pendaftaran sebanyak RM 50.00.
6. Borang perlu diserahkan kepada pihak CIDB sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum kursus dijalankan (tarikh kursus boleh berbincang dengan pegawai CIDB yang berhampiran)
6. Borang perlu diserahkan kepada pihak CIDB sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum kursus dijalankan (tarikh kursus boleh berbincang dengan pegawai CIDB yang berhampiran)
Borang UPP1 |
KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI DALAM KERJA-KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK
Tangga – adalah contoh alat untuk sampai ke tempat yang
lebih tinggi, ia mestilah sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya
tidak bercat. Semasa digunakan mestilah disaukkan ke bangunan dengan tali atau
rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin mestilah disokong oleh
penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh juga
ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang
tangga. Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia
menggunakannya iaitu dengan menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga.
Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia tidak akan merbahayakan pengguna
tersebut.
Litar – sebelum bekerja pastikan litar itu mati. Seberapa
yang boleh matikan suis utama dan kuncikan. Seelok-eloknya tanggalkan fius dan
simpan atau tutupkan pemutus litar. Bekerja pada litar yang hidup amat
merbahaya dan dilarang kecuali di waktu kecemasan dan kerja tersebut dilakukan
oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja dengan mematuhi langkah-langkah
berikut:-
1
Menebatkan dirinya dari menjadi pengalir iaitu
dengan menggunakan pakaian bertebat.
2
Bekerja hanya pada satu litar sahaja.
3
Menggunakan sarung tangan penebat dan berdiri di
atas benda bukan logam.
4
Semua alat mestilah kering.
KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN
Secara
menyeluruh, keselamatan pemasangan elektrik adalah seperti berikut:-
1) Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik
mestilah orang yang berkelayakan dan alat yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan
yang diakui sahaja.
2) Ujian mestilah dijalankan sebelum dan sesudah
tambahan pemasangan baru atau baikpulih dibuat oleh orang yang
dipertanggungjawabkan
3) Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya
dan penebatannya supaya tahan dengan voltan, arus dan suhu sekitaran.
4)
Fius dan pemutus litar mestlah sesuai kadar
arusnya.
5)
Pembumian di kawasan itu hendaklah berkesan.
6)
Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali mendapat
kebenaran.
PERATURAN KESELAMATAN
1 Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris
dan penyakit mestilah dilaporkan kepada
pihak pengurusan dengan segera.
2 Jangan sesekali menolak sebarang bantuan
pertolongan cemas biarpun bagi kecederaan ringan.
3
Jangan bergurau senda semasa bekerja.
4 Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan,
pejabat, kantin dan kawasan-kawasan yang dibenarkan.
5
Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai
sepanjang masa bekerja.
6
Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa
bekerja.
7
Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di
kawasan yang di tentukan.
8
Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di
kawasan yang diwajibkan.
9
Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang
ditentukan.
10 Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk
membersih pakaian anda dan jangan menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda
atau pekerja lain.
11
Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak
getah di kakinya atau tangga yang rosak jangan digunakan.
12
Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang
pekerjaan semasa berada di atas palet yang dinaikkan dengan forklif.
13
Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling
atas adalah merbahaya dan dilarang sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam
keadaan yang kurang selamat.
14
Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas:
pelantar dan pancak digunakan apabila perlu.
15
Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan
abah-abah hendaklah digunakan dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh
digunakan.
16
Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet
bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
17
Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel
sebagai jalan pintas adalah mer bahaya dan dilarang sama sekali.
18
Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet
bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
19
Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).
20
Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar
kawasan kilang tidak boleh melebihi had laju yang ditetapkan.
21
Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan
cermat iaitu dengan mengambil kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.
22
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk
menentukan segala alat perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan bersih.
23
Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila
hendak pulang dan mesin itu tidak digunakan lagi.
24
Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda
memakai alat perlindungan diri, seperti googel kimia, apron, but getah dan
sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat pernafasan jika perlu.
25
Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang
adalah di larang sama sekali.
Wednesday, May 15, 2013
Projek Pemasangan CCTV Di Bengkel Elektrik
Berikut adalah proses
pemasangan CCTV di bengkel elektrik KKBBM yang sempat di rakamkan
oleh lenser kamera.....
Jom TERJAH!!!
Menarik kabel di atas siling untuk disambungkan ke kamera |
Menarik kabel untuk 'Power supply' kamera |
Kabel telah direntangkan di atas siling |
Proses menarik kabel |
Proses menarik kabel untuk disambungkan ke DVR |
Proses memasang punca 'power suply' pada kamera |
LANGKAH 2 : Proses pemasangan kamera pada siling
Proses memasang tapak kamera pada siling |
Kamera yang telah siap di pasang, di sambungkan dengan kabel ke DVR |
Kamera yang telah siap di pasang |
LANGKAH 3 : Proses penyambungan kabel dari kamera ke DVR dan monitor
Proses pengujian pemasangan set CCTV |
Untuk pengetahuan semua, projek pemasangan CCTV di atas dilaksanakan oleh pelajar-pelajar dari kelas SMK 2 Sesi Januari 2013
Pengarah projek :
WAK EMRAN
Pengurus Projek :
AMAN ZAKI
Tips untuk membuat sebut harga pemasangan CCTV di rumah kediaman atau pejabat :
1. Tentukan jenis DVR yang hendak digunakan oleh pelanggan (biasanya ia bergantung kepada bilangan panel dan saiz HDD yang digunakan)
2. Tentukan jenis kamera yang hendak digunakan oleh pelanggan (bermacam-macam jenis kamera yang ada dipasaran bergantung kepada kesesuaian tempat yang hendak dipasang)
3. Tentukan jenis monitor yang hendak digunakan oleh pelanggan (jika pelanggan memilih untuk memasang monitor)
4. Setelah semua harga telah ditetapkan berdasarkan pemilihan perkara 1 -3, barulah tetapkan harga upah pasang berdasarkan bilangan kamera yang hendak dipasang. Biasanya penetapan upah pemasangan kamera ini merujuk kepada jarak di antara DVR dan kamera.
Note :
Biasanya syarikat pemasangan CCTV menyediakan harga pakej pemasangan termasuk dengan kos barangan. Contoh pakej yang disediakan seperti di bawah :
Tuesday, May 14, 2013
NOTA Siri I : Pendawaian Elektrik Satu Fasa
Untuk mendapatkan bahan NOTA
sila klik imej di bawah...
ISI KANDUNGAN :
1. SISTEM BEKALAN - M/S 1
2. ASAS PENDAWAIAN - SATU FASA - M/S 2
3. SISTEM PENDAWAIAN DOMESTIK - M/S 3
3.1 Pendawaian Permukaan m/s 3 - 4
3.2 Pendawaian Kabel Tersembunyi m/s 5 - 6
3.3 Pendawaian Selongsong PVC m/s 7
Note :
Nota Pendawaian Elektrik Satu Fasa ini mempunyai 5 siri. Diharap pengunjung blog ini sabar menanti dan teruskan berkunjung ke Blog ini untuk mendapatkan siri-siri nota yang seterusnya...... Tungguuuuuuuuu........
Monday, May 13, 2013
Video - Kemalangan Elektrik Voltan 250K Yang Mengerikan
Kemalangan ini menunjukkan seorang individu terkena renjatan elektrik 250 Kilovolt... Siapa yang lemah jantung, tolong jangan tengok yeee.....
Thursday, April 18, 2013
Wednesday, April 3, 2013
PEMANAS AIR - SIRI I
Pemanas air merupakan proses memanaskan air dari suhu awal hingga menjadi panas dengan menggunakan sumber tenaga elektrik. Pada zaman sekarang ini banyak rumah kediaman memasang alat pemanas air di bilik mandi bagi penggunaan waktu pagi atau dalam keadaan cuaca sejuk.
Teringat semasa zaman duduk dikampung tanpa adanya bekalan elektrik, alat tradisional yang paling sering digunakan untuk memanaskan air adalah cerek. Namun ianya hanya menyediakan air panas yang terbatas.
Pada tahun 1868, seorang pelukis berbangsa Inggris yang bernama Benjamin Waddy Maughan telah mereka cipta pemanas air instan pertama untuk penggunaan di rumah kediaman. Alat penemuan Maughan ini dinamakan ‘Gas Geyser’ (Pancuran air panas yang menggunakan gas alam).
Penemuan Maughan menginspirasi seorang mekanik bernama Edwin Ruud. Edwin Ruud merupakan bangsa Norwegia yang menetap di Amerika Syarikat.
Pada tahun 1889: beliau mencipta pemanas air automatik pertama di dunia yang memiliki tangki penyimpanan. Pada tahun itu juga, Edwin Ruud membuka perusahaan pembuatan yang mengkhususkan untuk membuat dan menjual pemanas air. Perusahaan inilah yang membuat namanya masyhur seluruh dunia.
Semakin berkembangnya teknologi , semakin banyak penemuan alat pemanas air moden yang lebih canggih daripada yang dulu. Pelbagai jenama terdapat dipasaran dan yang biasa digunakan oleh pengguna antaranya jenama Joven, Alpha, Panasonic dan banyak lagi.
Terdapat 2 jenis pemanas air yang boleh kita pilih sama ada jenis yang mempunyai pump atau pun tanpa pump. Pemilihan bergantung kepada bekalan sumber air yang digunakan. Jika sumber air diambil terus dari sumber paip air,pemanas air jenis tanpa pump sudah memadai. Namun jika sumber air diambil dari tangki, penggunaan pemanas air jenis pump diperlukan bagi mendapatkan pancutan air yang kuat dari shower.
Di bawah ini disertakan jenis pemanas air dan harga yang ditawarkan mengikut jenis :
Cuba perhatikan dan bandingkan bahawa pemanas air beserta pump adalah lebih mahal berbanding pemanas air tanpa pump. Dan bagi pemanas air jenis 'Inverter Pump' tentunya lebih mahal sebab ianya mempunyai ciri-ciri penjimatan penggunaan tenaga elektrik.
Pemilihan untuk membeli jenis pemanas air terletak di tangan pengguna berdasarkan kepada keperluan penggunaan, baget dan juga jenama yang anda suka...... Apa pun buatlah perbandingan harga di kedai yang menjual alatan elektrik...
Laman rujukan bagi jenis pemanas air sila klik jenama di bawah :
1. JOVEN
Wednesday, March 27, 2013
Memory Semalam :Kursus Persediaan Pra PKM 2013
KURSUS PERSEDIAAN PRA KELAYAKAN
PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2013
ANJURAN KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA
Tarikh : 25 - 26 Mac 2013
Tempat : KolejKomuniti Masjid Tanah, Melaka
Pengerusi :
Encik Abdul Razak Bin Sabtu
Pengarah KKBBM
Ahli Jawatankuasa (KKBBM) :
En. Asadi & En Md Emran
En Azahari (Penceramah)
En Abd Hardy
En Izhan Rezafy
Puan Hasmaini
Puan Nazelira
En Mohd Hafiez (KKMT)
Senarai Peserta :
NAMA PESERTA
|
INSTITUSI
|
Aman Zaki bin Mamat
|
KK Bukit Beruang
|
Ahmad Fariz bin Fauzi
|
KK Jelebu
|
Jamil bin Sharipuddin
|
KK Kuantan
|
Mohd Nazrul Effendy bin Mohd Idrus
|
KK Segamat
|
Mohd Khairul Nizam bin Radzali
|
KK Kuala Langat
|
Muhammad Asyraf Nurudin bin Zulkifli
|
KK Tawau
|
Mohamad Afdzam bin Rahim
|
KK Segamat 2
|
Idi Nur bin Mohamad
|
KK Bentong
|
Azhani binti Mohd Sabri
|
KK SgSiput
|
Hasnuzi bin Hashim
|
KK PayaBesar
|
Hasnol Azizee bin Muhamad
|
KK Jempol
|
Mohd Sofian bin Yusoff
|
KK Kuala Terengganu
|
Mohd Hayazie bin Abu Bakar
|
KK Bandar Darulaman
|
Mohd Hafiez bin Ahmad
|
KK Masjid Tanah
|
Mohd Asri bin Hashim
|
KK Arau
|
Azreen bin Jafaar
|
KK Santubong
|
Subscribe to:
Posts (Atom)