Wednesday, April 3, 2013

PEMANAS AIR - SIRI I


Pemanas air merupakan proses memanaskan air dari suhu awal hingga menjadi panas dengan menggunakan sumber tenaga elektrik. Pada zaman sekarang ini banyak rumah kediaman memasang alat pemanas air di bilik mandi bagi penggunaan waktu pagi atau dalam keadaan cuaca sejuk.
Teringat semasa zaman duduk dikampung tanpa adanya bekalan elektrik, alat tradisional yang paling sering digunakan untuk memanaskan air adalah cerek. Namun ianya hanya menyediakan  air panas yang terbatas. 
Pada tahun 1868, seorang pelukis berbangsa Inggris yang bernama Benjamin Waddy Maughan  telah mereka cipta pemanas air instan pertama untuk penggunaan di rumah kediaman. Alat penemuan Maughan ini dinamakan ‘Gas Geyser’ (Pancuran air panas yang menggunakan gas alam).
Penemuan Maughan  menginspirasi seorang mekanik bernama Edwin Ruud. Edwin Ruud merupakan  bangsa Norwegia yang menetap di  Amerika Syarikat. 
Pada  tahun 1889: beliau mencipta pemanas air automatik pertama di dunia yang memiliki tangki penyimpanan. Pada tahun itu juga, Edwin Ruud membuka perusahaan  pembuatan yang mengkhususkan  untuk membuat dan menjual pemanas air. Perusahaan inilah yang membuat namanya masyhur seluruh dunia.
Semakin berkembangnya  teknologi , semakin banyak penemuan alat pemanas air moden yang lebih canggih daripada yang dulu. Pelbagai jenama terdapat dipasaran dan yang biasa digunakan oleh pengguna antaranya jenama Joven, Alpha, Panasonic dan banyak lagi.

Terdapat 2 jenis pemanas air yang boleh kita pilih sama ada jenis yang mempunyai pump atau pun tanpa pump. Pemilihan bergantung kepada bekalan sumber air yang digunakan. Jika sumber air diambil terus dari sumber paip air,pemanas air jenis tanpa pump sudah memadai. Namun jika sumber air diambil dari  tangki, penggunaan pemanas air jenis pump diperlukan bagi mendapatkan pancutan air yang kuat dari shower.

Di bawah ini disertakan jenis pemanas air dan harga yang ditawarkan mengikut jenis :

Cuba perhatikan dan bandingkan bahawa pemanas air beserta pump adalah lebih mahal berbanding pemanas air tanpa pump. Dan bagi pemanas air jenis 'Inverter Pump' tentunya lebih mahal sebab ianya mempunyai ciri-ciri penjimatan penggunaan tenaga elektrik.

Pemilihan untuk membeli jenis pemanas air terletak di tangan pengguna berdasarkan kepada keperluan penggunaan, baget dan juga jenama yang anda suka...... Apa pun buatlah perbandingan harga di kedai yang menjual alatan elektrik... 

Laman rujukan bagi jenis pemanas air sila klik jenama di bawah :

1. JOVEN

17 comments:

  1. thx alot..mmg tbaik info di atas..

    ReplyDelete