PERKARA-PERKARA YANG
PERLU DIAWASI DALAM KERJA-KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK
Tangga – adalah contoh alat untuk sampai ke tempat yang
lebih tinggi, ia mestilah sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya
tidak bercat. Semasa digunakan mestilah disaukkan ke bangunan dengan tali atau
rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin mestilah disokong oleh
penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh juga
ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang
tangga. Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia
menggunakannya iaitu dengan menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga.
Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia tidak akan merbahayakan pengguna
tersebut.
Litar – sebelum bekerja pastikan litar itu mati. Seberapa
yang boleh matikan suis utama dan kuncikan. Seelok-eloknya tanggalkan fius dan
simpan atau tutupkan pemutus litar. Bekerja pada litar yang hidup amat
merbahaya dan dilarang kecuali di waktu kecemasan dan kerja tersebut dilakukan
oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja dengan mematuhi langkah-langkah
berikut:-
1
Menebatkan dirinya dari menjadi pengalir iaitu
dengan menggunakan pakaian bertebat.
2
Bekerja hanya pada satu litar sahaja.
3
Menggunakan sarung tangan penebat dan berdiri di
atas benda bukan logam.
4
Semua alat mestilah kering.
KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN
Secara
menyeluruh, keselamatan pemasangan elektrik adalah seperti berikut:-
1) Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik
mestilah orang yang berkelayakan dan alat yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan
yang diakui sahaja.
2) Ujian mestilah dijalankan sebelum dan sesudah
tambahan pemasangan baru atau baikpulih dibuat oleh orang yang
dipertanggungjawabkan
3) Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya
dan penebatannya supaya tahan dengan voltan, arus dan suhu sekitaran.
4)
Fius dan pemutus litar mestlah sesuai kadar
arusnya.
5)
Pembumian di kawasan itu hendaklah berkesan.
6)
Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali mendapat
kebenaran.
PERATURAN KESELAMATAN
1 Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris
dan penyakit mestilah dilaporkan kepada
pihak pengurusan dengan segera.
2 Jangan sesekali menolak sebarang bantuan
pertolongan cemas biarpun bagi kecederaan ringan.
3
Jangan bergurau senda semasa bekerja.
4 Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan,
pejabat, kantin dan kawasan-kawasan yang dibenarkan.
5
Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai
sepanjang masa bekerja.
6
Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa
bekerja.
7
Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di
kawasan yang di tentukan.
8
Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di
kawasan yang diwajibkan.
9
Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang
ditentukan.
10 Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk
membersih pakaian anda dan jangan menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda
atau pekerja lain.
11
Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak
getah di kakinya atau tangga yang rosak jangan digunakan.
12
Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang
pekerjaan semasa berada di atas palet yang dinaikkan dengan forklif.
13
Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling
atas adalah merbahaya dan dilarang sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam
keadaan yang kurang selamat.
14
Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas:
pelantar dan pancak digunakan apabila perlu.
15
Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan
abah-abah hendaklah digunakan dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh
digunakan.
16
Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet
bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
17
Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel
sebagai jalan pintas adalah mer bahaya dan dilarang sama sekali.
18
Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet
bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
19
Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).
20
Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar
kawasan kilang tidak boleh melebihi had laju yang ditetapkan.
21
Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan
cermat iaitu dengan mengambil kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.
22
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk
menentukan segala alat perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan bersih.
23
Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila
hendak pulang dan mesin itu tidak digunakan lagi.
24
Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda
memakai alat perlindungan diri, seperti googel kimia, apron, but getah dan
sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat pernafasan jika perlu.
25
Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang
adalah di larang sama sekali.