Friday, April 25, 2014

CONTOH LITAR PENDAWAIAN - PROJEK 1


Berikut adalah nota rujukan untuk mereka yang baru mempelajari litar pendawaian elektrik. Ini merupakan projek litar pendawaian bagi satu fasa (pendawaian permukaan). Ia melibatkan litar lampu menggunakan suis satu hala dan soket alir keluar (13A) sambungan litar jejari.

Dalam nota ini ditunjukkan bagaimana penyambungan bagi talian Live (L), Neutral (N) dan Earth (E) dari punca bekalan (Kotak Fius Agihan) ke suis satu hala dan point lampu serta sambungan soket alir keluar. (rujuk arahan kawalan).




NOTA : Surface Wiring

Untuk mendapatkan Nota, 
sila klik imej di bawah


Wednesday, April 23, 2014

Kursus Latihan Khas - Pendawaian Elektrik (Asas)

Sorotan Peristiwa

Maklumat kursus :

Nama Kursus : Pemasangan Pendawaian Eektrik (Peringkat Asas)
Tarikh : 19 - 20 April 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa  : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bengkel Pendawaian Elektrik Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM)
Bilangan peserta : 11 orang

Tenaga Pengajar :
1. MD EMRAN BIN SAIDI
2. SAHARIZAN BIN CHE MAT

Penyertaan dari kalangan kakitangan awam, pekerja industri/swasta dan graduan IPT. Rata-rata dia orang semua tiada asas elektrik. Didorong dengan rasa minat dan kesungguhan untuk menimba ilmu terutama dalam bidang pendawaian elektrik, mereka sanggup meluangkan masa dan mengorbankan cuti hujung minggu selama 2 hari berkursus di KKBBM.

Objektif Kursus :

1. Memberi pendedahan asas berkaitan pendawaian elektrik
2. Melakukan proses pemasangan pembuluh pvc (satu fasa)
    i. Mengukur, menanda dan memotong pembuluh pvc mengikut ukuran yang ditetapkan
   ii. Membengkokkan pembuluh pvc 90 dan 135 darjah
  iii. Memasang dan melengkapkan pembuluh pvc mengikut susunatur pada papan pendawaian (wiring bay)
3. Mendawai dan memasang alat tambah mengikut litar pendawaian dan jugha susun atur pada papan pendawaian
4. Melakukan kerja-kerja pendawaian mengikut peraturan ST






GALERI SEPANJANG KURSUS













TAHNIAH kepada semua peserta yang telah dapat menamatkan kursus dengan jayanya. Semua peserta dapat menyiapkan tugasan kerja pendawaian dengan cemerlang. Syabas!!!! Anda semua hebat!!!!!

Antara respon segera dari para peserta selepas tamat kursus....
Semoga perkongsian ilmu ini akan dapat memberi manfaat kepada semua....