Thursday, October 11, 2012

Inovasi : Lampu Kalimantang LED

Semalam saya bertugas sebagai Urusetia di Kolej Komuniti Jasin, Melaka sempena Hari Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Melaka-Negeri Sembilan. Sambil melihat pameran yang disediakan, saya menyinggah untuk mendapatkan maklumat tentang inovasi yang disediakan oleh Green Tech Malaysia. 



Mereka membuat inovasi berkaitan penggunaan lampu kalimantang mengikut jenis dan kaitannya dengan kuasa yang digunakan. Terdapat 3 jenis lampu kalimantang yang digunakan iaitu lampu T8 (guna 'ballast' dan 'starter'), lampu T5 (guna 'ballast' elektronik tanpa 'starter') dan lampu LED. Kuasa bagi setiap jenis lampu kalimantang adalah seperti berikut :



Dalam inovasi ini, ketiga-tiga lampu kalimantang tersebut disambungkan dengan bekalan 240V AC. Dengan menggunakan Power Meter mereka mengambil bacaan kuasa yang digunakan oleh lampu kalimantang tersebut mengikut jenis. Bacaan pada Power Meter adalah seperti berikut : 

1. Kuasa bagi lampu T8 = 42.4 W
2. Kuasa bagi lampu T5 = 24.5 W
3. Kuasa bagi lampu LED = 16.2 W




Hasil dari inovasi yang dihasilkan mendapati bahawa penggunaan lampu kalimantang LED mengunakan kuasa yang lebih rendah dari kadaran sebenar. Namun dari segi kecerahan lampu jenis ini lebih terang berbanding lampu yang lain yang mempunyai kadaran kuasa yang lebih tinggi.

Hasil dari inovasi yang dihasilkan dapat dirumuskan bahawa lampu kalimantang jenis LED mempunyai beberapa kelebihan berbanding lampu kalimantang kenis lain. Antaranya adalah seperti berikut :

  • menjimatkan tenaga sehingga 50% 
  • kurang mengeluarkan haba
  • tiada penggunaan merkuri (merkuri berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu kalimantang LED mudah dilupuskan
  • tiada penggunaan choke/ballast dan starter
  • tidak mengeluarkan bunyi
  • jangka hayat lebih lama - sehingga 50,000 jam!
  • menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu kalimantang biasa yang berkelip-kelip ketika mula dihidupkan

Namun disebalik kelebihan-kelebihan di atas, para pengguna yang ingin beralih kepada penggunaan lampu kalimantang jenis biasa kepada lampu kalimantang LED adalah dari faktor harganya yang jauh lebih mahal. Saya difahamkan bahawa lampu kalimantang LED sekitar harga RM60 -RM180 bergantung kepada jenama atau syarikat pengeluar lampu tersebut. 

Bak kata pepetah orang lama-lama "ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI". Fikir-fikirkan lah!!!!

26 comments:

  1. model apa yg ok?philips? atau apa2 je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...

      model yang larisdipasaran adalah jenis philips.... Lebih tahan lama berbanding dengan jenama lain... harap maklum

      Delete
    2. assalamualaikum......kami juga ada menjual lampu led dgn harga lebih rrendah dari pasaran. 019 2692062

      Delete
  2. bagaimana nak dapatkan Lampu LED dgn harga borong...fezrel@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya Ana dari Inkomech(penjual lampu LED). Fezrel boleh send email pada saya quantity lampu LED, jenis samada T8 atau T5 yang Fazril mau beserta keterangan(flux). Saya akan suggest lampu LED mana yang harus guna berdasarkan keterangan yang Fezrel mau. Kami ada 3 range, 8 Watt(600-650 lumens),16 Watt(1200-1300 lumens) dan 20 Watt (1450-1600 lumens). Saya akan bagi quotation. Ini email saya, ana125z@yahoo.com / ana.mdidriss@inkomech.com .Boleh juga call saya, 019- 3388384 / 016 – 7780636 utk sebarang pertanyaan. Kami juga sedang mencari ejen utk produk lampu kami.

      Delete
  3. Salam..

    Tuan

    Saya ada satu pertanyaan berkaitan lama kalimantang jenis T5. lampu jenis tersebut yang terdapat di rumah saya telah "terbakar"/rosak. saya telah menggantikan mentol/lampunya dengan yg baru tetapi masih xbernyala.. apa sebabnya?mcm mana saya nk tahu apa yg rosak?

    ReplyDelete
  4. Salam 2019 semua, Saya Rahwi, dari Safe Detection Sdn Bhd memborong lampu LED. Jangan ragu ragu untuk sebarang pertanyaan di no. 0173006966.

    ReplyDelete
  5. Harga lampu pendarflour yang 1 set tu berapa ? Aku buat keje kursus folio ni. Pening oii tak jumpa harga perumah lampu tu ngan lampu dia. Aduhh

    ReplyDelete
  6. Lampu kalimantang led berkelip semasa dihidupkan.kenapa dah cuba yg lain sama berkelip. Cuba ketempat lain ok. Kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ketatkan sambungan wayar pada lampu yang berkelip.

      Delete
  7. Harga lampu led pun dah murah sekarang ni baik jenis tiub atau mentol dalam kadar bawah rm10 untuk jenis tiub dan rm5 untuk mentol.Kadang ikut kedai ada offer.Dah bolehlah perlahan² setiap rumah tukar kepada led. Cara tukar pun mudah casing lampu kalimantang lama pun boleh guna,cuma buang ballast dan starter buat bypass wayar dah settle! Rumah saya semua dah guna lampu led.

    ReplyDelete