Wednesday, April 8, 2015

Kemalangan Renjatan Elektrik Yang Menyayat Hati

Nenek, cucu maut terkena renjatan kawat elektrik



KOTA BELUD: Seorang wanita dan cucunya maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melalui dawai besi untuk ke kebun di Kampung Tawadakan dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 10 pagi, kedua-dua mangsa dikatakan rebah dan jatuh ke dalam parit sebaik terkena renjatan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata bomba menerima panggilan pada jam 10:48 pagi sebelum sepasukan anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi jam 11:03 pagi.
"Bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


KUALA LUMPUR: Dua maut termasuk bayi berusia dua bulan dipercayai selepas terkena renjatan elektrik daripada kipas rumah di Kampung Chodoi, Banting petang tadi.
Dalam nahas itu kira-kira jam 3.30 petang, bayi itu bersama seorang lelaki berusia 45 tahun dipercayai bapanya melawat rumah mereka yang sedang dalam pembinaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 3.39 petang tadi sebelum jentera dikerah ke lokasi kejadian dan operasi menyelamat selesai jam 4.18 petang tadi.

No comments:

Post a Comment