Wednesday, April 8, 2015

Pendawaian Tersembunyi (Concelled Wiring)

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pengunjung blog saya tentang Pendawaian Tersembunyi atau 'Concelled Wiring'. Untuk pengetahuan semua, ketika ini pelajar-pelajar kelas saya sedang belajar tentang pendawaian tersembunyi secara modular/amali.
 
Memang cukup mencabar terutama dalam keadaan cuaca sekarang ini yang cukup panas sehingga suhu mencecah ke 35C. Pembelajaran dilaksanakan di kawasan bengkel terbuka seperti mana yang dapat anda lihat gambar di bawah.
 
Sebelum kita dapat melakukan kerja-kerja pendawaian tersembunyi, perkara yang penting adalah mengenali peralatan yang diperlukan. Antaranya adalah seperti berikut :


  
    BIL
      ITEM
     Bil/Unit
      1  

        Pahat simen
1
      2 

        “Grinder mesin       
          cutter”
1

      3  

        Simen” Scrapper”
1
      4 

        “Mask”
1
      5  

        “Electric Drill”
1
      6  

        “Combination   
          plier”
1
      7      

         “Side cutter plier”
1
      8  
         “Wire strappers”
1
     9
        “Ball pen hammer”
1
       10     
        “Wiring hammer”
1
    11
        “Phillips screw   
          driver”
1
      12  
        “Plat screw driver”
1
     13 
        “Cordless drill”
1
    14
        “Test pen”
1
    15
        “Pvc pipe cutter”
1
     16
        “Spring bender”
1
     17
        “Measuring Tape”
1
     18
        Pembaris panjang
1



Berikut adalah langkah kerja amali yang boleh dijadikan panduan dalam membuat pendawaian tersembunyi :

 1.  Membuat lubang kotak mengikut prosedur.

1.1   Buatkan lurah/lubang pada dinding simen mengikut garisan lakaran plan  susun atur. Gunakan
        pahat simen atau “Grinder cutter”.Gunakan ball pen hammer untuk mengetuk pahat simen.

1.2   Untuk lurah konduit ukuran dalam dan lebarnya  ialah 2”

1.3   Untuk lurah “concealed base” ukuran dalam ialah 3½” manakala lebarnya ialah 4”

1.4  Jangan tebuk terlalu lebar  pada bahagian KFA & KWJ.  Lebar  6” sudah mencukupi untuk
       pengumpulan kabel yang tidak banyak.

2.   Memasang kotak ”Concealed Base” mengikut prosedur.

1.1   Setelah lurah siap,lakukan kerja-kerja larian konduit serta pemasangan kotak “Concealed base”.

1.2   Klipkan konduit supaya ianya tidak terkeluar dari lurah dan untuk memperketatkan pemasangan
        supaya tidak berganjak ketika kerja-kerja melepa dijalankan nanti.

1.3  Pastikan kotak “Concealed base” tidak terkeluar dari lurah.Jarak paras “Concealed base”dengan
       paras simen sekurang-kurangnya 1”.




HELAIAN KERJA AMALI


TAJUKLA4 – Pendawaian tersembunyi litar lampu dan kuasa (projek 1)

OBJEKTIF :
     
Selepas proses kerja ini pelajar mesti boleh :

1.     Menghasilkan litar lampu dan kuasa
2.     Mendawai litar lampu dan kuasa
3.     Menguji litar lampu dan kuasa
4.     Mengesan kerosakan litar lampu dan kuasa
  
ARAHAN AM :

1.     Pastikan kuantiti alat dan bahan mengikut senarai yang ditetapkan.
2.     Pastikan alat dan bahan disediakan sebelum kerja dilakukan.
3.     Keselamatan diri, penggunaan alat dengan betul dan kebersihan kawasan kerja amat dititik beratkan.
4.     Elakan pembaziran bahan.


1.0          APL1 – MENGHASILKAN GAMBAR RAJAH LITAR LAMPU DAN KUASA

1.1  Lukiskan lukisan simbol pada Lampiran 1

1.2  Lukisan gambar rajah susun atur.


2.0  APL2 – MENDAWAI LITAR LAMPU DAN KUASA

1.1  Merancang laluan kabel untuk pendawaian pada dinding bata yang disediakan.
1.1.1       Merancang ukuran
1.1.2       Menanda / melukis laluan pendawaian
1.1.3       Membuat laluan pembuluh (pecahkan konkrit) pada dinding bata
1.1.4       Menanam pembuluh pada dinding bata dan melepa kembali dinding bata
1.2  Menyediakan kabel mengikut ukuran keperluan projek.
1.3 Melakukan pendawaian dan pemasangan kotak fius agihan mengikut amalan pemasangan.
1.4  Melakukan kerja pemasangan dan kemasan aksesori
1.5  Mengamalkan langkah-langkah keselamatan sepanjang proses pendawaian dilakukan.

3.0  APL3 – MENGUJI LITAR LAMPU DAN KUASA

2.1  Lakukan pengujian mengikut turutan:

2.1.1       Sebelum bekalan disambungkan.
                                                      i.    Ujian keterusan;
                               a)      Ujian keterusan pengalir pelindung.
                               b)      Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral.
                                                     ii.    Ujian rintangan penebatan.
                                                    iii.    Ujian kekutuban.
                                                    iv.    Ujian rintangan elektrod bumi.

2.1.2       Selepas bekalan disambungkan.
                                                      i.        Ujian semula kekutuban menggunakan mentol lampu(25watt).
                                                     ii.        Ujian peranti arus baki.

4.0  APL4 – MENGESAN KEROSAKAN LITAR PENDAWAIAN

3.1  Pemeriksaan fizikal;
                       i.   Lihat/pandang
                      ii.   Dengar
                     iii.   Bau/hidu
                     iv.   Sentuh

3.2  Pengujian;

3.2.1       Sebelum bekalan disambungkan.
                                                       i.    Ujian keterusan;
                               a)      Ujian keterusan pengalir pelindung.
                               b)      Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral.
                                                      ii.    Ujian rintangan penebatan.
                                                     iii.    Ujian kekutuban.
                                                    iv.    Ujian rintangan elektrod bumi.

3.2.2       Selepas bekalan disambungkan.
                                                       i.    Ujian semula kekutuban menggunakan mentol lampu(25watt).
                                                      ii.    Ujian peranti arus baki.


Kerja-kerja amali pendawaian tersembunyi yang 


dilakukan oleh para pelajar









 



No comments:

Post a Comment