Monday, October 29, 2012

KARNIVAL KEUSAHAWANAN & INOVASI 2012

Pada minggu lepas iaitu 23 Oktober 2012 (Selasa), Kolej Komuniti Bukit Beruang telah menganjurkan Karnival Keusahawanan dan Inovasi peringkat Kolej. Beberapa acara telah di jalankan antaranya adalah sesi jualan yang melibatkan pelajar-pelajar KKKBBM, pameran dari pelbagai agensi seperti UTEM, TEKUN, IKS sekitar negeri Melaka dan juga pelbagai pertandingan. 

Antara pertandingan yang di jalankan adalah cabaran inovasi, Black Box, permainan sahiba, Kapal Kertas Kreatif, cabaran Teh Tarik, Hasil Cipta Inovasi, karaoke dan banyak lagi. Dalam pertandingan Hasil Cipta Inovasi, SMK 2 (kelas yang saya ajar) telah mendapat tempat pertama.


Hasil inovasi yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar SMK 2 adalah bertajuk "Pelita Raya Elektrik'. Projek ini telah dihasilkan olej pelajar-pelajar SMK 2 dalam tempoh sehari sahaja. Ia menggunakan bahan terpakai seperti konduit pvc, trunking pvc, pelita minyak tanah (telah diubah suai menjadi pelita elektrik) dan menggunakan bahan yang dibeli iaitu mentol berklip ala pelita dengan kawalan menggunakan fotosel.

Berikut adalah gambar kenangan yang sempat dirakam oleh lenser kamera  bermula dari proses mula membuat projek, hasil projek, penghakiman ketika pertandingan dan penyampaian hadiah (oleh Pengarah KKBBM kepada ketua projek... saudara Afian)


Proses Wiring pada papan litar
Alatan yang digunakan
Proses memasang konduit pvc  pada trunking pvc 
Proses memasang pelita pada konduit pvc
Antara pelajar yang terlibat membuat projek
Proses membuat 'pentas' projek
 Papan litar projek
Projek yang telah siap sepenuhnya
Sesi penilaian dari pihak Hakim Pertandingan
Penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah KKBBM

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK 2 SESI JULAI 2012 DI ATAS KEJAYAAN INI.... JUGA TAK LUPA KEPADA BARISAN PARA PENSYARAH...
EN. AMAN ZAKI & PN HASMAINI...


No comments:

Post a Comment