Wednesday, October 3, 2012

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 4)

Salam Semua..


SENGGARAAN ACB

Diantara kerja-kerja senggaraan ACB ialah:
1.Sesentuh utama dan sesentuh arka
Gosok dengan kikir halus atau emery paper mana-mana yang sesuai untuk melicinkan
permukaan sesentuh dari kesan arka. Sebaik-baiknya ikut cadangan pihak pembuat. Sesentuh
yang telah rosak teruk boleh ditukar kepada yang baru.

2. Arc Chute
Cuci dan bersihkan dengan berus, penyedut hampagas atau lain-lain alat yang sesuai.

3. Sesentuh Utama
Ambil bacaan rintangan sesentuh utama dan bandingkan bacaannya dengan data dari pembuat
ACB tersebut. Bacaannya ohm nya selalunya kecil sahaja. Kalau bacaan ohm nya tinggi sila
laraskan contact pressure arm sehingga bacaan yang rendah diperolehi.

4. Pelinciran
Minyakkan (lubricate) bahagian-bahagian yang memerlukannya dengan cecair pelinciran yang
dusyorkan oleh pembuat seperti vaselin oil dan sebagainya.

Ujian ACB

Ujian yang perlu dibuat kepada sebuah ACB ialah:
1. Ujian operasi – ON dan OFF kan ACB untuk memastikan ianya boleh dikendalikan
dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
2. Ujian suntikan secondary – untuk memastikan ia akan terpelantik apabila berlaku
kerosakan pada tahap yang ditentukan.

3. Ujian penebatan – untuk menentukan penebatan diantara fasa dengan fasa dan dengan
bumi adalah baik (minima 0.5 megaohm)
4. Ujian sesentuh – untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebehi dari nilai
yang di syorkan oleh pembuat ACB


1 comment: