Tuesday, March 15, 2016

GANTI KAPASITOR KIPAS SILIING

Kebiasaannya bila kipas siling contoh jenis KDK yang lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi-sepoi bahasa aje..
Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar kapasitor sahaja! Tapi pastikan nilai kapasitor yang kita nak ganti tu sama atau hampir-hampir sama.... Senang criter... bawak jer kapasitor yang lama ke kedai elektrik... tunjukkan kat tokey kedai tu... beli yang macam gini.... 
Saya kongsi step by step tukar kapasitor untuk kipas siling standard:
1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)
2. Tanggalkan kapasitor lama
3. Tanggalkan wayar pada kapasitor yang bersambung dengan earth dan supply (kapasitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana-mana hujung kemudiannya)
4. Gantikan kapasitor baru, sambungkan semula wayar earth & wayar supply.
5. Tertib
Nampak screw tuu..... buka dgn screw driver philips...
Tanggalkan kapasitor yang lama..... ingat!!! Ada 2 kabel yang perlu ditanggalkan....
Gantikan dengan kapasitor yang baru dengan nilai 'mikrofarad' yang sama / hampir sama
Sambungkan semuala kabel yang telah ditanggalkan tadi pada kapasitor yang baru.....
Nota: jangan lupa bismillah & peralatan screw driver/test pen & wire cutter. InsyaAllah kipas laju semula macam helicopter.

No comments:

Post a Comment