Isteri seorang anggota
polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon
bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.
Wanita
it, Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di
hospital susulan insiden pada 11.30 malam Jumaat lepas.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu
yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.
"Mangsa disahkan
meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan
semalam.
Mangsa
meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan
berumur dua tahun.
- Bernama
No comments:
Post a Comment