Wednesday, October 3, 2012

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 1)


Salam Semua..



Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mulamula
sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain
beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan.

Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan
masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama
yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus,
kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya
mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.
Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V untuk selama 1 saat
(BS 5486).

2. JENIS


Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu:
1. Jenis melekat di dinding (wall mounted)
2. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access)
3. Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)
Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga 100 ampiar. Jenis pedestal
untuk pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar. Namun begitu berat sesebuah PSU akan juga menentukan jenis yang sesuai digunakan (wall mounted atau floor
mounted).
Tahap perlindungan PSU lazimnya ialah IP42.

3. PAPAN SUIS KECIL


Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang mendapat bekalan utamanya dari PSU.
Perkataan kecil adalah relatif sebab ada PSK yang saiznya lebih besar dari PSU ditempat lain.
Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU.
PSK digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan terasing dari PSU. Ini
adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan dan senggaraan.




4. BINAAN


PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan yang terdapat
di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-section channel. Rangka
yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm
supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia
boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambong sahaja rangka
tambahan.
Dibahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tidak kurang dari
2mm.
Palang bas pembumian dengan keratan rentas yang mencukupi hendaklah dipasang dibahagian
bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.


5. KLAS


Terdapat tiga klas PSU:
1. Tiada kompartmen (Form 1) – tiada pengasingan (dinding pemisah) diantara bahagianbahagian
dalam PSU.
2. Sebahagian berkompartmen (Form 2a) – Palang bas dipisahkan daripada yang lainnya
menggunakan sleeving, (Form 2b) menggunakan enclosure/barrier.
3. Sepenuhnya berkompartmen (Form 3) – semua pemutus litar diasingkan diantara satu
sama lain tetapi tidak terminal kabelnya.
4. Sepenuhnya berkompartmen (Form 4) – semua pemutus litar dan terminal kabel
diasingkan diantara satu sama lain.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan dan
harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap kompartmen dalam
PSU diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagian lain tidak
terlibat. Selain mahal ianya juga berat.

Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama bahagian yang
menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan besar
berlaku percikan api elektrik.

Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisahan diantara kompartmen di
dalam PSU tersebut.

6. LOKASI

PSU hendaklah ditempatkan ditempat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan
submains dan kabel
2. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air
3. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan
mudah dijalankan
4. Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci

7. KEPERLUAN BILIK SUIS


Diantara keperluan bilik suis adalah:
1. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik
2. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya
serangga tidak dapat masuk
3. Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki
dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan
4. Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel
5. Bilik suis hendaklah dilengkapan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan
seperti CO2
6. Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi
hendaklah disediakan di dalam bilik suis
7. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik
PSU

info dari ABM..





1 comment:

  1. as salam maaf gangu nk tnye electricity control board tu same tak dgn psu

    ReplyDelete