Wednesday, October 3, 2012

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 3)

Salam Semua..


BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB


a. Sesentuh Tetap dan Sesentuh Bergerak
Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang mempunyai empat kutub. Oleh itu
terdapat tiga sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila dalam keadaan ON sesentuh tetap

dan sesentuh bergerak akan tertutup dan bila dalam keadaan OFF atau terpelantik (trip) ianya
akan terbuka.

Semua sesentuh diperbuat dari bahan logam yang kuat dari segi mekanikal dan keupayaan
membawa arus menutup (making current), arus membuka (breaking current0 dan arus litar pintas
(short circuit current). Contoh logam yang digunakan ialah silver alloy.

b. Sesentuh Arka (Arcing Contact)
Sesentuh arka adalah sesentuh tambahan yang gunanya ialah untuk membenarkan arka berlaku di
sini dan tidak disesentuh utama. Dengan ini sesentuh utama tidak dibebankan dengan arka setiap
kali ACB di ON dan OFF kan. Oleh itu sesentuh utama akan tahan lebih lama.

c. Mekanisma Penyimpan Tenaga (Spring)
Setiap ACB mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring. Spring yang berada didalam
keadaan tegang (tension) adalah menyimpan tenaga untuk menolak dengan pantas sesentuh
bergerak untuk tertutup dengan sesentuh tetap. Aksi ini serupalah dengan spring yang terdapat
pada perangkap tikus yang akan mengetap tikus dengan pantas apabila galangnya terlepas.
Spring ini boleh di charge menggunakan handle atau charging lever yang disediakan atau
menggunakan motor elektrik (automatic charging) yang boleh dipasang didalam mana-mana
ACB. Namun tidak semua ACB mempunyai kemudahan automatic charging.


e. Bahagian Pengalir
Biasanya bahagian yang mengalirkan arus ialah pengalir utama litar, pengalir mudah lentur,
sesentuh utama dan sesentuh arka. Penebat berkesan yang diperbuat dari bahan penebat seperti
glass polyester atau kepingan fibre diletakkan diantara fasa atau kutub.

f. Gelong Shunt Trip (Shunt Trip Coil)
Gelong shunt trip ialah sebuah gelung yang dipasang didalam ACB untuk tujuan pelantikan
secara otomatik. Apabila diberikan bekalan yang sesuai dengan gelong, ia akan bertenaga dan
menarik plunger dan seterusnya menyebabkan ACB terpelantik.

Gelong ini biasanya berkadaran 240V AC tetapi untuk pemutus litar tertentu ada juga yang
kerkadaran 110V AC ataupun 30V DC. Bekalan ini selalunya diterima dari satu punca (palang
bas atau bateri) melalui fius, geganti atau butang tekan.

Satu suis tambahan mestilah digunakan untuk membuka litar ke gelong tadi supaya ianya tidak
terbakar jika bekalan tidak diputuskan untuk jangka masa yang lama.

g. Gelong Voltan Kurang (Under Voltage Coil)
Gelong ini akan menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan jatuh kepada suatu nilai
tertentu. Jika tiada bekalan ACB tidak boleh di ON kan.

h. Arc Chute
Arc chute ialah sebuah kekotak yang diletakkan diatas sesentuh utama dan sesentuh tambahan
yang tujuannya ialah untuk menyerap percikan dan asap dari arka yang terjadi supaya ia tidak
merebak ke bahagian-bahagian lain.


g. Charging Handle
Satu handle untuk charge spring supaya menyimpan tenaga.

h. Butang Buka (OFF button)
Butang tekan untuk OFF ACB

i. Butang Tutup (ON button)
Butang tekan untuk ON ACB

j. Penunjuk Open-Close
Satu penunjuk samada ACB itu buka (open) atau tutup (close)


k. Penunjuk Charging
Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau discharge

l. Penunjuk Kedudukan (Position Indicator)
Menunjukkan kedudukan ACB samada CONNECTED, TEST atau DISCONNECTED.


m. Penutup Palang Bas / Interlock Shutter
Penutup ini akan menutup palang bas apabila ACB dikeluarkan.

n. Pendawaian Elektrik dan Penyambungan
Pendawaian yang penting ialah pendawaian diantara geganti ke gelong shunt trip, yang lain ialah
pendawaian untuk gelong tanpa voltan dan untuk sesentuh tambahan. Oleh sebab ACB boleh
dibawa keluar maka penyambungan pendawaian ini perlulah melalui satu penyambungan yang
sesuai seperti sliding contact.

o. Closing Spring

p. Kemudahan Kunci atau Padlock
Untuk mengunci ACB supaya tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan.

q. Sesentuh Tambahan
Untuk litar amaran dan petunjuk (indicator)



BINAAN

Komponen-komponen asas sesebuah ACB ialah:
· Terminal-terminal
· Tapak tetap
· Sesentuh-sesentuh pengasing bagi pegun
· Sesentuh-sesentuh pengasing roller (bergerak)
· Sesentuh-sesentuh utama tetap, berhujung perak (silver)
· Sesentuh-sesentuh utama bergerak, berhujung perak
· Sesentuh-sesentuh arka tetap, berhujung rintangan aloi/logam campuran
· Sesentuh-sesentuh bergerak, berhujung rintangan aloi/logam campuran
· Magnetic de-ionization arc-chutes
· Pelepas beban lampau (overload release)
· Pelepas bawah kadaran voltan (undervoltage release)
· Bar pelantik
· Tuil (lever) pelantik untuk pelepas “bawah kadaran voltan” dan pelantik pirau
· Himpunan mekanisma penutup
· Punatekan-punatekan, buka (O), tutup (1)
· Penunjuk-penunjuk mekanikal: spring berbeban, spring tanpa beban, buka-tutup
· Tuil spring berbeban secara manual
· Gear pengurang kelajuan bagi motor yang diputar, untuk spring berbeban otomatik
· Alat pengunci mekanikal yang menghalang pemutus litar daripada dikeluarkan ketika
keadaan tertutup – untuk pemutus litar yang boleh ditarik keluar sahaja
· Rel peluncur (untuk ACB yang boleh ditarik keluar sahaja)
· Pelepas penutup
· Pelantik pirau
· Sesentuh-sesentuh tambahan (alat bantu)
· Sesentuh-sesentuh peluncur tambahan/alat bantu (bagi pemutus litar jenis boleh ditarik
keluar)







Himpunan Mekanisma Pengatup (Closing Mechanism Assembly)

Kesemua tenaga yang diperlukan untuk mengatup ACB dicas dan disimpan didalam mekanisma
tenaga tersimpan (stored energy mechanism). Operasi mengecas boleh dilakukan dengan tangan
atau secara elektrik, dengan menggunakan motor elektrik.

Pada pemutus litar yang dikendali dengan tangan, mekanisma tersebut dicas oleh satu daya tetap
menggunakan sebuah tuil pengecas manual (manual charging lever).
Pada pemutus litar yang dikendali secara elektrik, mekanismanya dicas oleh sebuah motor
elektrik.

Arc Chute

Arka, satu aspek gangguan arus yang pasti berlaku, dipadamkan oleh plet-plet pemisah arka (arc
splitter plates).
Plet-plet pemisah arka terkandung didalam “arc chute”

Sesentuh-Sesentuh

Kesemua sesentuh terdiri daripada aloi perak (silver alloy) yang mempunyai keupayaan
gangguan litar pintas serta keupayaan memutus dan menyambungkan yang jelas.
Terdapat dua jenis sesentuh iaitu sesentuh utama yang membawa arus beban dan sesentuh arka
yang tidak membawa arus beban. Sesentuh utama termasuh didalam litar utama bagi sebuah
pemutus litar. Sesentuh arka terbuka bila pemutus litar berada didalam kedudukan tertutup.
Sesentuh arka tertutup sebelum dan terbuka selepas sesentuh utama. Ini bagi menggantikan
sesentuh utama daripada cepat rosak disebabkan oleh arka.

Rupa Bentuk Pemasangan (Mounting Configuration)

Terdapat dua rupa bentuk pemasangan:

· Jenis dipasang tetap
· Jenis boleh ditarik keluar

Jenis dipasang tetap adalah jenis dimana ACB dipasangkan ke dalam papan suis utama dengan
menggunakan bolt dan nut.

Jenis boleh ditarik keluar pula adalah dimana ACB boleh ditarik keluar, berbeza daripada jenis
dipasang tetap, kerana jenis ini mempunyai satu mekanisma boleh ditarik keluar bagi
membolehkan ACB tersebut ditarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan penyenggaraan.

Mekanisma boleh ditarik keluar tersebut membenarkan ACB mengambil sebarang dari
kedudukan-kedudukan yang berikut:
· Bersambung (kedua-dua litar kawalan dan litar utama disambungkan)
· Ujian (litar utama diputuskan, tetapi litar kawalan masih tetap bersambung bagi
membolehkan ujian dilakukan)
· Terputus (kedua-dua litar utama dan litar kawalan diputuskan)



1 comment: