Saturday, October 20, 2012

GARIS PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK EDISI 2008

Salam...

Ada yang bertanya kepada saya, perlukah litar kuasa diasingkan dengan litar yang lain seperti litar lampu dan litar kuasa am. Persoalan ini akan terjawab dengan anda merujuk kepada Garis Panduan Pendawaian Elektrik Edisi 2008.

Merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga, maka setiap pendawaian yang melibatkan litar kuasa perlu menggunakan dua pelindung RCCB. Ini bermaksud bahawa litar kuasa perlu diasingkan dengan litar yang lain (Rujuk gambarajah litar skematik pada Garis Panduan tersebut iaitu Rajah 3.2 hingga Rajah 3.6 di muka surat 10 hingga 14). Perhatikan juga gambar di bawah...


Bila saya bercerita tentang pemasangan DB untuk pendawaian satu fasa kepada pelajar-pelajar saya, persoalan yang mereka timbulkan adalah mengapa di rumah mereka hanya mempunyai satu pelindung RCCB sahaja. So apa jawapannya.....


Mudah saje.... Tahun bila binaan rumah kediaman mereka? Adakah selepas 2008 atau sebelum 2008?... Garis Panduan Edisi 2008 so pastilah ianya berkuatkuasa selepas 2008. Kebiasaannya rumah yang di bina sebelum 2008 hanya menggunakan satu pelindung RCCB sahaja.

Bagaimana pula jika rumah kediaman yang dibina selepas 2008 tetapi hanya menggunakan satu sahaja pelindung RCCB??? Sepatutnya ini tidak berlaku... Namun pada zaman sekarang ini macam-macam boleh terjadi. Pihak mana yang perlu bertanggungjawab samada pemaju atau pihak berkuasa yang meluluskan pendawaian rumah tersebut...

Untuk mendapatkan Garis Panduan tersebut, sila klik gambar di bawah :


Nota : Saya sarankan supaya pelajar-pelajar dalam bidang elektrik memiliki Garis Panduan ini sebagai rujukan..

12 comments:

  1. rumah family saya dibina tahun 2010.satu cover je.and mmg selalu trip sejak digunakan.
    nila yg jadi bila kontraktor ambil ahli keluarga buat wiring rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah ciannya.. kalo i dok dkt ngn u i akn bg je free repair service

      Delete
    2. alah ciannya.. kalo i dok dkt ngn u i akn bg je free repair service

      Delete
  2. Salam..saya minta untuk print out garis panduan tersebut ye.. t.kasih byk3x kpda tuan blog sudi berkongsi maklumat ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Tuan,dalam rajah fasa tunggal, pemanas air dan penghawa dingin mmg under litar lampu ke? bukan patutnnya litar kuasa ke? water heater mmg wajib pakai mcb tambahan sebelum litar akhir ke?2 pemanas atau dua penghawa dingin boleh pakai 1 mcb 20/32a ke?atau mmg nak kene asingkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. litar kuasa mempunyai RCCB yang saiz berbeza kerana memerlukan kepekaan yang tinggi untuk memutuskan litar. berbeza dengan litar lampu dan kuasa am seperti penghawa dingin, pemanas air, pemasak dan sebagainya. MCB untuk pemanas air dan penghawa dingin mestlah berasingan kerana peralatan tersebut membawa kuasa yang tinggi.

      Delete
  4. click to read more l6d82u2g00 high quality replica bags replica evening bags replica bags joy replica hermes handbags v1v43w2o78 replica bags review read what he said j6a99x6v47 louis vuitton fake replica bags louis vuitton o7m16e4g38

    ReplyDelete