Tuesday, October 23, 2012

KAEDAH PEMASANGAN CCTV - SIRI III

Pada minggu lepas pelajar saya telah mempelajari tentang pemasangan CCTV di bangunan kediaman dan pejabat. Peringkat awal saya telah menerangkan secara teori tentang pengenalan CCTV (Rujuk entri SIRI I & SIRI II).

Pelajar terlebih dahulu mengenal pasti tentang peralatan yang diperlukan dalam pemasangan CCTV. Spesifikasi bagi system CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah mencakupi seperti berikut :
i.            1 unit DVR (4-channel/ 1 BNC output/ 1 VGA output / 1 network port) model
ii.          Hard Disk SATA (80Gb)
iii.        4 biji kamera Dome
    iv.    Monitor - boleh guna monitor komputer 


Rajah asas pemasangan CCTV 
(Set router adalah aksesori tambahan bagi mengawal DVR melalui internet)

Projek pendawaian amali SMK seterusnya adalah melibatkan pemasangan CCTV. Berikut adalah perkara utama dalam proses pemasangan CCTV :

 1. Tentukan kabel yang sesuai

Dalam projek amali ini, kabel CCTV yang digunakan adalah jenis  coaxial cable RG59/6 series. Ini merupakan kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR. 

Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.




2. Tentukan lokasi dan area pantauan CCTV

Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di kawal.

3. Penetapan Kedudukan kamera CCTV

Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, perletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu, penempatan di bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel jaringan. 

Dalam projek amali ini, kamera jenis Dome infrared digunakan. Ia boleh menghasilkan gambar yang terang walau pun pada waktu malam atau dalam suasana yang gelap.



Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan palam 3-pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.


4. Proses Menarik Kabel (Lay-out cabel)

Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia nampak lebih kemas dan tersusun

DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.

5. Penempatan Monitor dan DVR

Monitor dan DVR adalah peralatan  yang melengkapi sistem CCTV anda. Tentukan tempat dimana monitor dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ (biasanya pengguna akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.



6. Lay-out kabel & 'Setting'

Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di bangunan pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses 'setting' DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.


Sambungan kabel kamera, monitor dan mouse untuk proses 'setting' DVR 


Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor memaparkan imej yang telah dirakam oleh  kamera CCTV

Nota : Pada entri akan datang saya akan paparkan projek pelajar Sijil Modular Kebangsaan KKBBM (SMK2) memasang set CCTV di pejabat pensyarah Program Elektrik.... Tunggguuuuu!

4 comments:

  1. Penerangan yang baik.... TQ

    ReplyDelete
  2. good info..thanks!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan,
    can i use black & red cable as supply cable for cctv? tq

    ReplyDelete
  4. salam..sy berminat nk ikuti kursus mcm dlm blog..blh infokan pada sy sekiranya ada :) 013 9166 906..azam fb pok cik ajam

    ReplyDelete