Friday, October 5, 2012

PEMASANGAN FOTOSEL

Salam Semua...



Hari ini saya akan postkan cara-cara nak memasang fotosel, untuk rujukan kawan-kawan..




Pada fotosel terdapat tiga kod warna iaitu merah untuk beban, putih untuk neutral dan hitam untuk wayar hidup.


Fungsi fotosel adalah untuk menghidupkan beban secara automatik bila berlaku perubahan cahaya iaitu apabila keadaan terang / siang beban akan mati / tidak berfungsi dan apabila keadaan gelap / malam beban akan berfungsi.


Dibawah adalah contoh litar sambungan untuk fotosel.


p/s : selamat mencuba..

17 comments:

  1. beban maksudnya bumi ke?
    bukan ade 3 ni ke?
    N neutral
    E earth
    L live

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumi/earth hanya utk pelindung. Dalam pemasangan fotosel di atas, kita hanya sambungkan punca live dan neutral shj. Fotosel yang digunakan mempunyai 3 punca kabel iaitu berwarna putih - Neutral (W), hitam - Line (B) dan merah - Load (R)
      Utk live dari DB terus ke suis (one-way) manakala dari suis disambungkan ke kabel hitam (Line). Kabel Neutral diambil dari DB iaitu disambungkan ke kabel putih (Neutral) dan looping ke beban (lampu L1). Manakala kabel merah (load) disambungkan ke beban (Lampu L1). Harap dapat membantu

      Delete
  2. Tq sbb post info yg sgt beguna..
    adakah fotosel ni blh dgunakn lampu downlite..sekiranya boleh bagaimana cara penyambungannya..?mohon bantuan bro otai bkaitan soklan di atas..tqvm...

    ReplyDelete
  3. boleh... hanya tukarkan beban (dalam litar diatas adalah L1) tu kepada downlight, cara penyambungan tetap sama..

    ReplyDelete
  4. nak tanya.. bila di pasang pada lampu kalimantang.. wire dari lampu akan disambung pada wire merah fotosel... maknanya tiada wire akan disambung pada choke.. begitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma gantikan L1 dengan lampu kalimantang pada contoh sambungan litar kat atas.

      Delete
  5. maaf.. saya faham L1 adalah lampu kalimantang... cuma adakah choke digunakan atau wire lampu disambung pada choke dan wire merah fotosel disambung bersebelahan dengan wire lampu pada choke... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemasangan lampu kalimantang dirumah ada dua wire iaitu wire live iaitu dari suis disambung ke choke dan wire neutral disambung pada tube. choke masih digunakan untuk membolehkan lampu menyala. untuk itu, tuan hanya buka wire pada choke dan sambung pada wire hitam pada fotosel dan sambungkan wire merah disambungkan ke choke lampu. untuk wire putih (neutral) hanya loop dari lampu tersebut iaitu wire pada tube tadi. untuk memudahkan penyambungan tuan gunakan connector pada fotosel tersebut. harap dapat membantu.

      Delete
    2. Tn maaf mencelah, ambe fakir masih belajar, drpd ayat tn "hanya buka wire pada choke dan sambung pada wire hitam pada fotosel dan sambungkan wire merah disambungkan ke choke lampu." sambungan wire hitam pd output choke tu ke? Maknanya wire hitam dan merah sesiri kpd bulp kalimantang? Betul ke?

      Delete
  6. Thanks for sharing a very useful information.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Distribution board/Papan agihan bekalan

      Delete
  8. FOTO SEL MENGIMBAS CAHAYA .. PABILA SIANG IA AKAN MATI PABILA MALAM IA AKAN HIDUP .. JIKA FOTO SEL MENGIMBAS CAHAYA MATAHARI .. TP BAGAIMANA PULA DENGAN CAHAYA BULAN ??

    ReplyDelete
  9. Cara memasang fotosel menggunakan kontaktor bagaimana mas?

    ReplyDelete
  10. 1 photocell maksimum boleh mengawal berapa lampu?

    ReplyDelete