Monday, October 8, 2012

Mengapa TNB Menggunakan Penghantaran Tiga Fasa..


            Kadang-kadang kita tidak pernah terfikir mengapa TNB menggunakan sistem penhantaran tiga fasa bagi talian atas. Ini kita dapat lihat terutama di kawasan kampung-kampung seperti di kampung saya (Parit Othman, Parit Sulong) yang masih lagi mengunakan empat talian seperti gambarajah di bawah : 


Namun persoalan ini pernah ditanya oleh pelajar saya semasa sesi PnP di dalam Bengkel Pendawaian. Di sini saya ingin berkongsi informasi tentang penghantaran tiga fasa yang digunakan oleh TNB bagi talian atas untuk membekal kuasa ke rumah-rumah di kawasan kampung atau desa adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Di antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :


1.     Readibiliti

Ia adalah kebolehan penghantaran bekalan kuasa secara berterusan ke rumah-rumah kediaman.           Bekalan tiga fasa ini mempunyai tiga jenis talian fasa iaitu merah, kuning dan biru.

2.          Penjimatan kos
        
Penghantaran tiga fasa yang digunakan oleh TNB untuk membekal kuasa ke rumah-rumah di kawasan    
desa dapat mengurangkan kos penghantaran. Ini kerana dengan menggunakan talian tiga fasa TNB mampu untuk memberikan bekalan kuasa satu fasa kepada tiga rumah kediaman sekaligus dengan talian  fasa yang berbeza di mana ia dapat menjimatkan kos penghantaran talian atas.

3.           Kecekapan

Bekalan tiga fasa  mempunyai kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan satu fasa. Ini              kerana apabila salah satu daripada fasa sama ada fasa merah atau fasa kuning atau fasa biru terputus             masih ada dua fasa lagi yang berfungsi.

4.           Penjimatan Penggunaan Ruang

       Dengan menggunakan sistem penghantaran tiga fasa kepada rumah-rumah kediaman di kawasan desa,         TNB dapat menjimatkan penggunaan ruang bagi talian atas di mana dalam satu kawasan ia dapat            menjanakan dua jenis voltan. Ini dapat mengurangkan penggunaan ruang udara berbanding jika talian             satu fasa digunakan.

            5.          Penghasilan Dua Jenis Voltan

           Penghantaran tiga fasa ini boleh menghasilkan 2 jenis voltan iaitu 240V dan 415V.  Bekalan voltan  415V biasanya digunakan di kawasan kilang-kilang atau perusahaan besar manakala 240V biasanya           digunakan di kawasan taman perumahan atau di kampung-kampung. 

4 comments: