Wednesday, October 3, 2012

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 2)

Salam Semua..

PERKAKASAN DALAM PSU


bahagian dalam PSU




Palang Bas (bus bar)
Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran

tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada
pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan
kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan
kerja pemasangan.


Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada juga yang
mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai ketumpatan arus tidak melebihi
1.5A/mm persegi.

Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung kepada saiznya, bahan yang digunakan
iaitu tembaga atau tembaga campuran. Sila rujuk jadual.

Palang bas hendaklah diasingkan dari bahagian-bahagian logam PSU menggunakan nonhygroscopic
insulators untuk menahan tekanan mekanikal apabila berlaku kerosakan ditahap
maksima.

PEMUTUS LITAR UDARA




Pemutus litar udara ialah sebuah pemutus litar yang bertindak memutus dan menyambungkan
litar dengan sesentuh utamanya berada didalam udara biasa, tidak didalam medium pemutus
jenis lain seperti minyak, hampagas atau SF6. Ianya hendaklah jenis metalclad flush mounted.
Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau menyambungkan bekalan atau
disebut juga sebagai pengasing sahaja. Namun begitu apabila ianya dilengkapkan dengan
komponen perlindungan seperti alatubah arus, geganti dan shunt trip coil, ianya dapat memberi
perlindungan yang diperlukan secara otomatik. Perlindungan yang diperlukan ialah arus lebih,
beban lebih dan rosak ke bumi.

Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara (ACB), tetapi pada masa ini
Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker / MCCB) semangkin banyak digunakan.
Penggunaan samada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus sesuatu pemasangan
elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya ACB digunakan walaupun MCCB
ada juga digunakan.

ACB ditentukan didalam B.S 4752 dimana voltan nominalnya tidak melebihi 660V AC
dengan ulangan 50Hz atau 60Hz. Kadaran arusnya tidak melebihi 8000A dan kapasiti pemutusan

litar pintas berkadar tidak melebihi 200KA. Minimum rupturing capacity ialah 31MVA pada
415V.
Saiz ACB terkecil yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah 600A. Dengan penatahan
(setting) kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh
ditatah kepada kadaran arus kurang daripada 600A, contohnya 200A, 400A dan sebagainya.
Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 6300A.

Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam sesebuah PSU samada
mempunyai kadaran arus yang sama atau dengan kadaran yang berlainan. Dengan itu rangka
PSU mestilah mempunyai kekuatan mekanikal yang mencukupi untuk menampung berat
komponen-komponen tersebut.


Nilai arus kerosakan (fault level) ACB ialah 45KA untuk 3 saat. Ini bermakna dengan arus
sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak dengan selamat tanpa ianya mengalami kerosakan.
Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus litar ialah sebagai bus tie atau
bus coupler atau sesentuh tukar alih, tetapi hendaklah dari jenis empat kutub.

ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa keluar (not
withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru atau boleh dibawa keluar untuk tujuan
senggaraan dan ujian (drawout type).

ACB hendaklah diuji dan diperakui mengikut standard ASTA atau KEMA.


Istilah-Istilah Mengenai Kadaran

a. Kadaran Arus Thermal (rated thermal current)
Had arus dimana pemutus litar boleh membawanya secara berterusan tanpa kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada suatu keadaan tertentu.

b. Kadaran Keupayaan Tutup-Balik Litar Pintas (rated short circuit making
capacity).
Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya menyambung atau menutup balik pada
keadaan tertentu.

c. Kadaran Keupayaan Putus Litar Pintas (rated short circuit breaking
capacity).
Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya memutuskan litar pada tahap
kerosakan tertentu dengan selamat dan tanpa ianya mengalami kerosakan. Kadarannya adalah
dalam kiloampiar (KA).

d. Kadaran Arus Menahan Pada Masa-Pendek (rated short-time withstand
current)
Ini adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa 1 saat tanpa sebarang
keadaan luar biasa pada keadaan yang tertentu






6 comments:

  1. sy dah banyak kali baca tentang Switchboard in English. Tapi bila baca in Malay rasa macam baca benda baru.:)trima kasih sbb kongsi, teruskan menulis.:)

    ReplyDelete
  2. Blog ni sgt membantu pelajar2 kejuruteraan elektrik yg sedang menjalani latihan industri. Terima kasih banyak2 & teruskan menulis.
    Moga ALLAH permudahkan :)

    ReplyDelete
  3. ....teima kasih..penulis....saya bekas tentera pun mengambil peluang ini....mudah faham..walau pun sya dah tuo

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana saya dapat menyiapkan assigment

    ReplyDelete