Thursday, October 4, 2012

PEMASANGAN TIMER

Salam Semua..



Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam.



Cara Memasang dan Litar Pendawaian


Litar pada bahagian luar timer



Kaki sambungan pada bahagian dalam timer

1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut.
    - Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral)

    - Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup.

    - Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup)

    - Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan mati.



Contoh sambungan dari manual yg diberikan


Setelah sambungan dibuat, anda perlulah melaraskan jam pada timer pada waktu yang tepat mengikut jam yang berjalan, kena berhati-hati kerana timer ini adalah 24 jam.


Diatas adalah cara untuk anda melaraskan timer anda ke jam yang betul. Gambara dibawah pula menunjukan jam tersebut dilaras pada pukul 10 pagi (lihat penunjuk segitiga dibawah)



Untuk setkan timer tersebut anda perlulah menarik bilah-bilah kecil plastik kebawah (seperti gambar diatas). Sekeping bilah tersebut bernilai 10 minit. Gambar diatas saya telah setkan timer tersebut dan akan berfungsi pada pukul 8.00 pagi seterusnya timer akan mati pada pukul 10.20 pagi.(14 bilah kebawah)



Tombol kecil bulat seperti gambar diatas pula fungsinya adalah untuk mengubah keadaan beban (sama ada hidup atau pun mati) secara manual. Contohnya, saya setkan beban tadi akan mati dari pukul 8.00 pagi hingga 10.20 pagi, jika saya mahu hidupkan beban tadi secara manual, saya akan pusingkan tombol tadi dari kedudukan 0 ke kedudukan 1.



Contoh timer yang dipasang didalam kotak agihan

Sambungan litar skematik dari DB ke lampu..

                                     

89 comments:

  1. Assalam...

    Sy bercadang utk memasang sendiri timer (spt diatas). Masalahnya saya agak kurang faham dengan litar seperti gambarajah & juga yang telah dilukis..

    Saya ingin memasang timer tersebut berhampiran suis lampu. Setahu saya, suis lampu cuma mpunyai wayar hidup, yang akan tertutup apabila suis di on.

    Jadi, adakah wayar hidup tersebut sy kena potong, dgn satu hujung disambung terus ke kaki 2 dan 4, manakala satu lagi hujung ke kaki 5?

    Untuk wayar neutral, dari mana perlu saya tarik dan sambung?

    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Wsalam..
    Sepatutnya timer dipasang berhampiran 'switch board' untuk memudahkan menarik wayar neutral bagi fungsi untuk menghidupkan timer tersebut. Kalau sdr ingin memasang timer berdekatan dengan suis, sdr perlu menarik wayar neutral yang berhampiran spt pada poin lampu, kipas atau soket alir keluar.
    Bagi sambungan wayar hidup pada timer pula, wayar hidup boleh terus diambil dari suis lampu yang ingin dikawal dengan menyambungkan wayar input dari switchboard ke kaki 2 (untuk menghidupkan timer)loop ke kaki 4 (command) dan satu lagi wayar hidup disambungan ke lampu ke kaki 3 (lampu sedia buka) atau kaki 5 (lampu sedia tutup).

    ReplyDelete
  3. salam tuan
    saya ada beli timer jenama maxguard q24ts.
    tapi saya mmg xtau nk pasangnya camane.
    boleh tak tuan bantu saya..
    tapi saya mohon bantuan tuan guna istilah biase2 je, sebab saya x pndi maksud beban asal ke atau ape
    yang saya tau camni,
    api, neutral dgn bumi.
    mohon sangat2 jasa tuan

    ReplyDelete
  4. wsalam..
    sebelum itu boleh tuan amik beberapa keping gambar timer tersebut bersama-sama litar penyambungan dan email kepada saya amanhani@gmail.com. sebab saya search melalui google tidak terdapat litar hanya ada gambar timer sahaja.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan lambat reply, saya akan emelkan pada tuan nanti.
      terima kasih tuan sudi bantu saya.
      hanya Allah s.w.t saja dapat membalas jasa tuan

      Delete
    2. Assalam Tuan,

      Saya juga ada membeli timer jenis maxguard Q24TS dan agak keliru untuk sambung ke MCB. Mohon bantuan.
      zulfikrimuhamad@gmail.com

      Delete
  5. nk taya..timer guna litar chaya k litar kuasa

    ReplyDelete
  6. boleh cite wayar wrna apa tak...no 12345

    ReplyDelete
  7. boleh cite wayar wrna apa tak...no 12345

    ReplyDelete
  8. SALAM TUAN.....
    KES SY SAMA MCM AZRI.... PAKAI MODEL YANG SAMA, maxguard q24ts...
    BOLEH TUAN BANTU SY... tq tuan
    mustaqim_sabri@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. shukri rie.. bagi email tuan.. nanti saya attachkan doc pemasangan timer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSlm tuan, boleh emailkn pd sya doc tsbt...ahbas2011@gmail.com, tq

      Delete
  10. farizuan ramlee.. selalunya timer untuk nyalakan lampu.. so guna litar cahaya..

    ReplyDelete
  11. Salam tuan saya dh beli timer switch maxguard..boleh bagi cara pasang tak....ni email saya tuan...putra8057@gmail.com..terima kasih

    ReplyDelete
  12. Saya juga ada membeli timer jenis maxguard Q24TS. Mohon bantuan.
    encikermanxx@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Utk memudahkan saya membantu tuan.... boleh tak wassap kat saya gambar timer ....Lbh mudah jika kita rujuk gambar dan juga terminal yg perlu disambungkan ....

    ReplyDelete
  14. Nie no saya... 012-6103619 wak emran

    ReplyDelete
  15. SALAM TUAN.....
    KES SY SAMA MCM AZRI.... PAKAI MODEL YANG SAMA, maxguard q24ts...
    BOLEH TUAN BANTU SY... tq tuan
    mie658@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. salam tuan.. tumpang bertanya.. wiring diagram diatas tak menggunakan suis lampu kan? jadi jika wiring sedia ada sudah ada suis bagaimana? adakah perlu loop kabel comand dengan kabel ke lampu(dalam kotak suis) dari kaki 5 (N/O) timer? dan adakah penggunaan suis lampu tidak digalakkan didalam pemasangan timer? mohon pencerahan.tq

    ReplyDelete
  17. Saudara..blh x watsapp i untuk diagram maxguard jugak..10q byk2

    ReplyDelete
  18. Bro apa tu wayar hidup....

    ReplyDelete
  19. dalam pendawaian nie ada tiga wayar/kabel utama... hidup/life, neutral dan earth....

    ReplyDelete
  20. salam...sy x faham la litar skematik yg tuan lukis tu....boleh bgi yg lagi jelas ?

    ReplyDelete
  21. Saya dah post litar skematik yang baru.. smoga dapt difahami..TQ

    ReplyDelete
  22. Salam..bleh emailkn sy cara pemasangan maxguard q24ts x...ke ahmad.azwad@hotmail.com
    tqvm..

    ReplyDelete
  23. assalammulaikum admin, boleh ajar saya macm mana nak pasang timer untuk air handling unit (AHU) tak?

    ReplyDelete
  24. Boleh email kan cara pendawaian timer maxguard q24ts ke lampu.ni email saya dzack_rie@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro...kalau ada cara pendawaian maxguard q24ts,boleh tlg emailkan x?beli dh setahun tp x reti x pasang. supianghazali@gmail.com

      Delete
  25. Salam..tuan, setelah selesai semua nya..timer tu akan bergerak macam jam kan?
    hillview12@gmail.com

    ReplyDelete
  26. salam...ade sape2 bleh bgi litar untuk 1 timer 2 aircond tak...time kasih..

    ReplyDelete
  27. Assalam.. sya nk buat projek memberi ikan makan secara berkala di dalam aquarium gunakan timer.. boleh tuan beri bantuan.. email saya ahmad.nizam87@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. salam tuan...
    ada apa2 masalah x klu saya guna timer yg sama utkdi gunakan pada blower fan?
    harap dapat email saya shah.aeg@gmail.com
    terima kasih banyak tuan.

    ReplyDelete
  29. Salam tuan2, saya baru pasang Hager EH711 untuk porch. Saja nak share perbezaan dengan heater dial type yang hampir sama, heater ini digunakan di Australia. Untuk heater, tuan2 boleh on-off kan bilah dan hasilnya terus boleh dilihat kerana heater akan on-off juga. Bagaimanapun, anda perlu beri masa sebanyak 20min iaitu 2 bilah dial, barulah operasi on-off efektif.

    ReplyDelete
  30. Salam tuan.. jarum jam timer tu akan hidup mengikut waktu jam biasa ker.

    ReplyDelete
  31. salam tuan, saya kurang faham dengan lukisan skematik yang ditunjukkan seperti diatas..cara nak setkan di lampu mula on jam brapa mati kul baper. emel sy, riaandika230512@gmail.com

    ReplyDelete
  32. salam tuan...sy kurang fhm cara nk set Jam timer...cth....lampu akan ON pd JAM 6.30pm....dan OFF pd JAM 7am....TIMER JENIS HAGER EH711..tq..

    ReplyDelete
  33. Salam tuan , nak tanye ni kalau nak buat timer bi bersama dgn suis bypass macam mane eh?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum cikgu, minta jasa baik boleh email litar pendawaian timer masuk kontaktor dengan bypass kawal lampu koridor. Terima kasih. Andy wmaju. ieyan79@gmail.com

    ReplyDelete
  35. assalam semua.. blh saya tahu berapa harga kos pasang timer ni ye untuk rumah teres.. skali dengan harga timer...

    ReplyDelete
  36. Salam cikgu,
    Boleh Kah saya pakai timer Hager jenis ini untuk operate Aircon 2HP, 7.5A.
    NC selama 12jam, lepas timer trigger NO selama 12jam. ( ON 12jam , then OFF 12jam).
    Perlukah saya Pasang contactor untuk sambungan litar ini?
    Adakah timer jenis ini sesuai untuk set masa on/off Aircon?
    Kalau x sesuai apa perlu saya buat?
    Thks

    ReplyDelete
    Replies
    1. timer gini sesuai jer, tp mmg kena pakai contactor, timer ble tahan switching current 10A je kalau tak silap, aircond running pn da 7.5A, time switching kompom lagi tinggi current, 5 6 kali switching mau kong timer, kesimpulan timer ni sesuai, tapi kena pakai contactor rating 32A,kable supply size 4mm, tp ramai je budak pakai 2.5mm, boleh tp xmolek sbb takut bila aircond da start high amp, kable x tahan, xdaya kerja menukar wire wei,

      Delete
  37. salam tuan
    saya ada beli timer jenama maxguard q24ts.
    tapi saya mmg xtau nk pasangnya camane.
    boleh tak tuan bantu saya..
    tapi saya mohon bantuan tuan guna istilah biase2 je, sebab saya x pndi maksud beban asal ke atau ape
    yang saya tau camni,
    api, neutral dgn bumi.
    mohon sangat2 jasa tuan

    Wasup sy mizi 0127308535

    ReplyDelete
  38. salam tuan
    saya ada beli timer jenama maxguard q24ts.
    tapi saya mmg xtau nk pasangnya camane.
    boleh tak tuan bantu saya..
    tapi saya mohon bantuan tuan guna istilah biase2 je, sebab saya x pndi maksud beban asal ke atau ape
    yang saya tau camni,
    api, neutral dgn bumi.
    mohon sangat2 jasa tuan

    Wasup sy mizi 0127308535

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaki timer untuk brand hager sama je macam timer brand maxguard, xjadi masalah besar.

      1st kaki no 1 sambung ke neutral supply
      2nd kaki no 2 sambung ke life atau api
      3rd loopkan kaki no 2 dan no 4
      4th kaki no 5 sambung ke api lampu

      step ni digunapakai bila, nak pasang timer dekat dgn suis lampu, cuma kena tarik neutral ke timer, tapi kalau malas nak tarik neutral, boleh pasang timer betul dekat dgn lampu, step..
      mati suis,
      cek ada api ke x,
      da sure xde api, barai wire api dgn neutral lampu,wire earth xyah barai, amek timer, fitting betul rapat dgn lampu,
      wire neutral lampu masuk ke kaki no 1 timer,
      pastu loopingkn wire dr kaki no 1 td ke neutral lampu,
      wire api lampu masuk ke kaki no 2 timer,
      loopingkn kaki timer no 2 dgn no 4,
      pastu kaki no 5 sambung ke api lampu

      Delete
    2. boleh search dekat google kalau pemasangan maxguard.. saya upload dalam academia

      Delete
  39. Assalam tuan.. Boleh tolong bagi saya gambarajah litar untuk pendawaian timer lampu yang menggunakan contactor. Ini email saya, jixs77@gmail.com

    ReplyDelete
  40. salam,

    Ada tak timer yang boleh set....offkan peralatan elektrik setelah 2 jam di"on"kan...untuk pengawalan penggunaan aircond di rumah sewa saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timer biasa boleh guna, cuma krna psg sekali dgn contactor, cuma klu penyewa tu bijak, dia bole ubah wire supply aircond amek kt plug

      Delete
    2. wsalam.. pakai timer yg nie pun boleh.. tp kena set dan sorokkan la timer tu kalau tak penyewa boleh ubah..

      Delete
    3. kalau homestay tuan pasang je magnetic key switch, macam hotel guna. kalau penyewa keluar dia kena tarik key skali. so power dalam rumah akan dimatikan.. boleh tgk sini cara pemasangan

      Delete
    4. https://myelectrical4u.blogspot.my/2017/12/pemasangan-hotel-key-card-magnetic-key.html

      Delete
  41. Mau tanya tuan.gimana cara pasang suisheater 2way .1gang.tolong gambar rajah saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. heater selalunya menggunakan suis khas untuk heater atau penyaman udara. kesemua kabel iaitu live, neutral dan earth melalui suis tersebut sebelum disambungkan ke heater

      Delete
  42. salam tuan, saya mau tanya .
    1 - timer tu brp banyak beban dia boleh pegang ?
    2 - banyak pendawaian saya lihat yg menggunakan timer mereka akan connect sekali dgn contactor .. apa bezanya ? terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. menggunakan contactor bermaksud mengelakkan dari beban berlebihan memasuki timer. Jika pemasangan bersama contactor, timer hanya menjadi suis automatik menghidupkan contactor, dan penyambungan beban semuanya daripada contactor

      Delete
  43. Salam tuan. Jika lampu menggunakan timer hanya utk balik kampung / rumah tiada org, boleh tak ia di offkan setelah penghuni ada dirumah?

    ReplyDelete
  44. Dan penghuni akan menggunakan suis biasa sahaja.

    ReplyDelete
  45. Untuk timer EH 711,pendawaian sudah ok,kenapa ya jam tak mau berjalan master...mhon pencerahan

    ReplyDelete
  46. timer jenama maxguard q24ts.macam mana kita nak pastikan ia berfungsi dengan baik..timer hanya berfungsi bila masa ia di putar secara manual.

    ReplyDelete
  47. Pendawaian timer eh711 dh ok.test bulb pun ok nyala.tapi jam x jalan.kenapa ya.mohon pencerahan

    ReplyDelete
  48. Salam tuan timer jns hager sll buat hal byk kali tukar kenapa still rosak jam tak berjalan timer tak auto on off..custemer mennyirap je asyik tuko ganti masakk cm gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.saya pon sama.adakah batery kecik tu problem kw

      Delete
  49. Cantik dan kemas Tuan punye DB..siap pakai kabel tie..hehehe

    ReplyDelete
  50. Boleh tolong ajarkan cara nak pasang timer digital???

    ReplyDelete
  51. Salam saudara Aman Zaki. Kalau saya ingin buat sambungan ke kontaktor mcm mana pula ye. Saya nak sebiji timer kawal sebiji kontaktor.

    Apakah wire2 dari timer yg perlu saya hantar ke kontaktor untuk bagi kontaktor berfungsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah terminal2 pada kontaktor yg akan membuatkan button kontaktor turun yg mana menjadikan normally close berubah open, dan normally open berubah jadi close

      Delete
    2. Saya kurang faham fungsi coil pada kontaktor. Boleh saudara Aman zaki terangkan. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak

      Delete
    3. Tidak mengapa saudara Aman. Saya sudah baca disini ;
      https://duniaberbagiilmuuntuksemua.blogspot.com/2017/09/mengenal-prinsip-kerja-magnetic-dan-terminal-no-nc.html?m=1

      Saya sudah faham

      Delete
  52. Selamat pagi tuan..sa ingin bertanya sama ada timer ini boleh digunakan dekat pinel solar yg mana sa menggunakan peralatan DC

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum tuan saya nak pasang timer untuk lampu saya tapi kedudukan timer dekat DB untuk no 1,2,3,4,5 no 1 saya ambil dari basbar neutral,no 2 saya ambil dari MCB 6,no 4 saya luping dari no 2 dan no 5 saya cabut wayar lampu dari MCB dan masukan ke no 5 betul ke cara saya sebab lampu tak menyala.

    ReplyDelete
  54. pop over to this web-site Visit Your URL Going Here aaa replica bags you can check here find more

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum Tuan,

    Boleh ke berkongsi idea untuk pendawaian aircond dengan kawalan timer. Adakah boleh buat direct mcm pendawaian lampu? atau perlu tambah contactor utk keselamatan?

    ReplyDelete
  56. 如何调整时间看不懂

    ReplyDelete